Isnin, 11 September 2017

MELANJUTKAN PELAJARAN. ADAKAH IANYA BERFAEDAH KEPADA KARIER OSH?

MELANJUTKAN PELAJARAN. ADAKAH IANYA BERFAEDAH KEPADA KARIER OSH?
Saya banyak terima soalan ini. Dan ini adalah respon peribadi saya.
.
Di kalangan rakan- rakan Azahan, ada 2 pendapat tentang program yang bagaimana yang perlu diambil 
.
Yang pertama mengutamakan akreditasi MQA.
Faedahnya ialah kelulusan anda akan diterima secara kebangsaan. Jika Malaysia memerlukan tenaga pakar, anda yang ada kelulusan dari program diakreditasikan oleh MQA boleh diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa
.
Nak kerja sebagai lecturer di universiti juga mudah. Kerja di sektor kerajaan juga mudah
.
.
Yang kedua pula tidak mementingkan akreditasi MQA
.
Program seperti ini biasanya lebih mesra industri dengan bebanan akademik yang kurang berbanding dengan program yang diakreditasikan MQA.
.
Industri masih terima sijil anda itu untuk anda naik pangkat ke aras yang seterusnya
.
.
Tak kisah lah anda nak ambil yang mana, sijil yang anda ada itu membolehkan anda untuk meluaskan pilihan aras jawatan yang anda boleh apply
.
Ianya pastinya lebih baik berbanding tersekat dengan sekeping diploma dan boleh apply terhad level eksekutif dan ke bawah
.
Semoga bermanfaat
.
Azahan Safetyman