Isnin, 19 Mei 2014

Memilih slogan yang terbaik untuk kempen anda: 6 Tips Safetyman

Slogan adalah sebahagian dari kehidupan normal seorang pengamal KKP.
Slogan biasanya digunakan dalam mempromosikan HSE di tempat kerja.
Slogan akan dipapar dalam banner, bunting, poster dan sebagainya.

Masalahnya ialah untuk memilih slogan yang sesuai untuk program kita. Kan? :)


Saya share 6 tips berkenaan slogan:
1. Tak apa jika anda recycle. Yang penting ianya relevan dgn tempat anda.
2. Slogan mestilah simple, mudah difahami dan menarik.
3. Cara termudah pilih slogan ialah dengan meminta tenaga kerja mengundi slogan
4. Slogan haruslah positif. Contoh: "Saya wajib pakai PPE". Bukannya "Saya tak mau masuk hospital jadi PPE itu wajib".
5. Gunakan kata kerja seperti "saya pakai...." atau "saya pandu dgn perlahan". Ini akan dipasak ke dalam minda pekerja utk dilakukan setiap hari.
6. Tatabahasa kena jaga ye :)

Begitulah caranya saya memilih slogan.
Bagaimana pula cara anda?
**Klik butang share jika anda rasakan artikel ini berguna kepada orang lain


Tiada ulasan:

Catat Ulasan