Selasa, 7 Julai 2015

Soalan: Adakah Air Compressor berkuasa kuda sebanyak 5 HP perlu sijil PMT?

Ini adalah soalan yang telah diemelkan kepada saya di azahansafetyman@gmail.com 
Persoalan ini juga telah saya soalkan dahulu dan kini saya kongsikan apakah jawapan yang telah saya dapati dan amalkan. 


Assalamualaikum,

Tuan,

Adakah Air Compressor berkuasa kuda sebanyak 5 HP perlu sijil PMT?

Apakah kuasa kuda (HP) minimum yang telah ditetapkan oleh JKKP supaya perlu mempunyai sijil PMT?

Contoh;

a) kuasa kuda melebihi 10 HP perlu PMT
b) kuasa kuda kurang 10 HP tidak perlu PMT

Mohon jasa tuan untuk memberi bantuan.


Waalaikumsalaam,
Secara dasarnya selagi bekas itu fungsinya mengandungi tekanan, permohonan kelulusan rekabentuk perlu dibuat. Walau 1 psi sekali pun.

Kemudian JKKP Putrajaya nanti yg akan menentukan samada bekas tersebut perlu didaftarkan untuk CF atau diberikan pengecualian.

Harap ini dapat membantu.


Ada soalan tentang OSH? 
Hantarkan kemusykilan anda ke azahansafetyman@gmail.com dan saya akan bantu sedaya upaya saya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan