Isnin, 15 Disember 2014

Pengaturan Untuk Pemeriksaan PMA dan PMT tahunan (15 Bulan)

Bila di tempat kerja kita mempunya mesin yang telah didaftarkan dengan JKKP dan mempunyai Perakuan Mesin Angkat (PMA) atau Perakuan Mesin Tekanan (PMT), maka adalah wajib untuk mesin- mesin ini diperiksa secara berkala setiap 15 bulan. 

Maka kita sebagai Pengamal HSE perlulah menasihati pasukan pengurusan kita bagaimana hendak melakukan pemeriksaan tersebut. 

Berikut adalah ringkasan kronologi aktiviti yang selalunya saya lakukan: 


1. 3 bulan sebelum tamat permit: Hantarkan surat kepada JKKP permohonan untuk pemeriksaan semula. Jika anda mahukan templatenya, isikan borang di bawah

2. Maklumkan kepada bahagian maintenance yang surat permohonan telah pun di hantar. 

3. 1 bulan sebelum tamat permit, hubungi sekali lagi pejabat JKKP Johor untuk ketahui: 
       a. Tarikh pemeriksaan 
       b. Nama pegawai pemeriksa 
       c. Nombor telefon pegawai pemeriksa

4. Hubungi pegawai pemeriksa untuk ketahui maklumat lanjut tarikh dan masa beliau akan datang. 

5. Ingatkan semula bahagian maintenance tentang pemeriksaan. Mesin- mesin tersebut mestilah dalam keadaan baik dan rekod- rekod penyelenggaraan sedia untuk ditunjukkan. 

6. 1 minggu sebelum tamat tempoh: Sahkan tarikh pemeriksaan dan masa dengan pegawai  JKKP tersebut. 

7. Beri notis kepada bahagian maintenance dan production tentang aktiviti pemeriksaan tersebut. Ini adalah kerana: 

·         Mesin- mesin tersebut perlu dihentikan untuk pemeriksaan 
·         Penghentian mesin air compressor akan melumpuhkan kebanyakan aktiviti production. Contohnya paint shop, machining dan juga grinding. 
·         Penghentian overhead crane pula boleh mengganggu aktiviti kritikal seperti shipment dan machining. 
·         Mesin yang berada dalam keadaan yang tidak sempurna mungkin tidak diperbaharui permitnya 
·         Untuk PMA, kadang kala ujian beban 100% kapasiti akan perlu dijalankan. Oleh itu beban perlulah bersedia untuk ujian tersebut. 
-      Pintu manhole air receiver pula kadang kala ia mempunyai "seal" khas yang hanya boleh dibekalkan oleh kontraktor. Jadi kontraktor perlu hadir untuk buka dan tutup manhole tersebut. 

8.       3 hari sebelum pemeriksaan- ingatkan semula jabatan dan JKKP mengenai tarikh dan masa pemeriksaan. 

9.     1 hari sebelum pemeriksaan: tengok sendiri keadaan mesin- mesin yang akan menjalani pemeriksaan. 

10.  Pada pagi hari pemeriksaan: Pastikan semula persediaan oleh jabatan- jabatan termasuklah wakil mereka untuk menjawab soalan dari pegawai pemeriksa. Kenapa? Sebab mereka lah yang menggunakan dan menyelenggara mesin- mesin tersebut. 


Juga sediakan peralatan untuk pemeriksaan seperti torch light, PPE, cotton rags, mineral water dan paling penting sekali JKKP log book





7 ulasan:

  1. Boleh tau tak tuan, macam mana rupa ujian PMA untuk mesin angkat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biase bile mesin (lif/tower crane/lif kerja/dll) dah siap, sebelum run jkkp akan dtg, mse tu dia akan test semua bnde.

      Padam
  2. Tuan bagaimana untuk dapatkan PMA untuk mobile elevating work platform. No kelulusan rekabentuk dah dapat.

    BalasPadam
  3. Boleh tau tak tuan, Untuk pemeriksaan berkala PMT..sesiapa sahaja yang layak ke? atau perlu lantik 3rd party ?

    BalasPadam