Selasa, 29 Julai 2014

3 Pelajaran Utama Pada 3 Tahun Pertama Dalam Bidang HSE

Semua orang bermula di satu tempat. Sama juga dengan saya. Pastinya ketika itu saya masih muda berumur awal 20an.
Bermula dari Zero, kosong kosong kata Wawa Latiff, saya hanya ada semangat berani mati untuk survival saya.

Mari saya kongsikan pelajaran saya pada 3 tahun pertama dalam bidang HSE dan juga perkilangan.

1. Pematuhan Undang - Undang
Ini sangat bergantung kepada pengurusan tempat kerja tersebut. Jika pengurusan suka dengan housekeeping, maka HSE juga dijual melalui housekeeping.

Dan taktik menakutkan pengurusan dengan hukuman jail serta denda hanya berkesan utk 6 bulan sahaja.

Ayat "so far as practicable" tu kena betul - betul faham tu.

2. Networking Itu Mustahak
Asas kepada amalan HSE ialah undang - undang. Terutama sekali di syarikat yang kecil.

Undang - Undang pula tidak sentiasa hitam dan putih. Ada kawasan kelabu yang perlu rujuk dengan rakan yang lain.

Pada masa itu yang ada hanyalah mailing list dan juga forum NIOSH.
Sekarang ada lebih banyak.

Pilihan anda sendiri untuk mendaftar jadi ahli SRG SHE atau tidak.

Kerja yang saya dapat sekarang pun adalah hasil dari networking.

Kelebihan networking ialah orang akan lebih kenal anda berbanding dengan calon yang datang entah dari mana.

So bila dah join tu, mohon berkongsi apa yg ada dengan rakan networking yang lain.
Ia akan membina rapport dan juga kredibiliti anda.

3. Supervisor Adalah Raja
Ini adalah pelajaran pertama oleh SHO saya. "Kau mesti buat baik dengan semua supervisor ni".

Memang betul. Kalaulah mereka memilih utk meletakkan HSE sbg no 8, semuanya jadi tak mudah.

Dalam minda mereka Manager adalah no 1, HSE pula no 1.5
1.5 ialah nombor yang special sebab HSE selalu bagi kerja itu ini tapi sebagai kawan susah nak tolak.

So kadang tu selalunya HSE dapat overtake bos- bos mereka atas dasar kawan.

4. Komunikasi adalah Sultan
Saya telah kena komplen oleh rakan kerja secara rasminya kerana perkataan yg saya pilih semasa berkomunikasi dengan beliau.

Bengang memang bengang tapi saya perlu bertanggungjawab.

Masuklah saya ke satu kelas komunikasi.
Barulah saya sedar kenapa mesej saya tak masuk ke dalam minda orang sekeliling saya. 

Kenapa lebih banyak protes daripada sambutan. 

Dan kenapa awek tak suka dengan saya.
Saya akan share skil komunikasi yang power ini dalam satu kelas. Ini adalah salah satu impian saya. 
Bayaran? Terpulang kepada anda nak bayar saya berapa.
Hantarkan emel dgn subjek "nak belajar" dengan nama penuh dan no telefon dengan pantas ke azahansafetyman@gmail.com sekarang

Cukup 30 orang saya akan umumkan tarikh nya.

Begitulah sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yg nak saya kongsi kan pada musim raya ini.

Semoga anda cemerlang dalam kerjaya.

Maaf Zahir dan Batin

Azahan Safetyman
PLF COACH
HSSE Specialist

Tiada ulasan:

Catat Ulasan