Jumaat, 13 Disember 2013

Tool Box Talk Meeting Discussion- Memperalatkannya dengan cara yang kita mahu

Post ini ditulis untuk menjawab soalan dari FB groups SRG SHE

Soalannya berbunyi begini: 

 nk tnye..dalam toolbox meeting apakah isu2 sfety y kite bleh ketengahkn?
toolbox meeting hri2 kita adakan so adakah isu sfety y sme kita bgthu atau stiap hri berlainan isu?
mhon pndangan bg y dh berpengalaman mengenai toolbox meeting..


Dalam OSH MS (OSH Management System) seperti OHSAS dan MS 1722, adalah menjadi keperluan bagi majikan menyediakan cara berkomunikasi dengan pekerja untuk hal- hal berkenaan dgn HSE. 

Secara mudahnya tool box talk adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat mengenai HSE kepada team kerja. 

Ada banyak jenis HSE tool box talk. Antara jenis yang popular: 
1. 5 minit HSE TBT sebelum kerja pada hari itu
2. 15 minit TBT pada setiap minggu
3. 30 minit TBT pada setiap bulan. 

Sekiranya anda mempunya jenis lain dan mahu kan cadangan pembaikan, boleh lah emelkan kepada saya di azahansafetyman@gmail.com. 


Balik kepada soalan di atas, apakah yang hendak disampaikan? 
Secara amnya berikut adalah senarainya: 
1. Polisi
2. Peraturan atau prosedur 
3. Objektif HSE
4. Kemalangan yg berlaku
5. Sebarang perubahan dalam sistem HSE 
6. Pengetahuan atau pendidikan mengenai HSE 
7. Kempen- kempen 
8. Arahan dari pengurusan yang berkenaan dengan HSE

Tips untuk meningkatkan keberkesanan sesebuah TBT. 

Tak kira lah jenis mana pun TBT anda, cuba anda tanya pada diri sendiri- pada TBT yang baru saja anda hadiri apakah maklumat yang telah anda terima/ pelajari? 

Sekiranya anda struggle/ berusaha keras baru boleh ingat SATU point, maka ianya tidak efektif. Lagi teruk jika anda sendiri adalah organizer TBT tersebut. Katakan Ha Ha Ha 3x sekarang. 

Tips 1- Sampaikan hanya satu idea
Ya betul, hanya 1 idea pada satu TBT. 
Peraturan ibu jari saya ialah 1 idea utk 15 minit. Ini saya amalkan juga dalam kelas- kelas yang saya lakukan. Hanya 1 utk 15 minit. 

Tips 2- Ransangkan sebanyak deria yang boleh
Ini adalah teknik Neuro Linguistik Programming yang saya pelajari. 
Apabila deria manusia diransang, minda mereka akan terbuka untuk menerima ilmu. 
Lima deria manusia adalah melihat, menghidu, mendengar, sentuhan dan merasa. 

Hantarkan emel ke azahansafetyman@gmail.com sekiranya anda berminat untuk ketahui lanjut teknik meransang deria ini. 

Tips 3- Letakkan objektif yang jelas
Ini kesilapan saya pada TBT yang dahulu. Objektif yang jelas akan memandu sesi TBT anda ke arah yang betul. 
Contoh objektif TBT:
"Pada penghujung sesi peserta akan pandai pakai body harness dengan betul"
"Pada penghujung sesi peserta akan faham kebaikan housekeeping dan boleh melakukan 3S dengan betul"

Saya harap tips- tips diatas berguna untuk tuan- tuan dan cik puan sekalian. 
Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai HSE, hantarkan saja emel ke azahansafetyman@gmail.com dan saya akan jawab sebaiknya dengan percuma. 

Terima kasih dan selamat berjaya :)

P/s: Di bawah adalah salah satu TBT yang saya kendalikan dengan  topik Prosedur Pengurusan Insiden yang dilakukan pada bulan Ogos. Dan mereka masih ingat pada hari ini apa inti MTB tersebut :p