Rabu, 18 Disember 2013

14 Idea SHE untuk tahun 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Tahun 2014 bakal menjelma tiba. Sudah pastinya para pengamal SHE sudah mula mencari idea aktiviti untuk dijadikan objektif pada tahun 2014.
Berikut adalah 14 idea yang boleh anda jadikan panduan:
1. Program pendidikan kepada SHE committee supaya mereka boleh bantu tugas anda. Contohnya skil siasatan insiden.
2. Aktiviti 3R- Reuse, reduce and recycle di tempat kerja anda. Projek mengkomposkan sampah makanan boleh dilakukan dalam pelbagai skala.
3. Memantapkan tool box anda dengan melabur dalam alatan audio dan video
4. Mengadakan aktiviti Corporate Social Responsibility seperti lawatan ke rumah anak yatim atau pun menderma darah
5. Menambah kekerapan mesyuarat SHE committee dari 4 bulan sekali ke setiap bulan sekali.
6. Mengadakan anugerah penyelia terbaik, pekerja terbaik dan jabatan terbaik
7. Menggalakkan pengurusan supaya memulakan mesyuarat dengan "HSE minutes"
8. Menyemak semula HIRARC dan fokus kepada 5 aktiviti dengan skor risiko tertinggi. Adakan inisiatif untuk mengurangkan skor aktiviti2 tersebut.
9. Adakan "Bulan Kimia" untuk meningkatkan kesedaran bahaya bahan kimia dan cara membaca MSDS. Kaitkan dengan pindaan terkini peraturan USECHH.
10. Lakukan analisa trend dari data- data kemalangan yang berlaku pada tahun 2013.
11. Perlaksanaan program kawalan kontraktor- pindaan akta CIDB
12. Upgrade program pemeriksaan tempat kerja dengan lakukan pemeriksaan bersama pengurusan sahaja 2 kali setahun.
13. Menyertai pertandingan KKP anjuran mana- mana badan kerajaan/ bukan kerajaan.
14. Mencapai persijilan sekurang- kurangnya satu persijilan pada tahun 2014.
Sila tambah lagi jika anda juga mempunyai perancangan 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan