Rabu, 11 Disember 2013

It's Human Business

Pekerjaan HSE ialah satu pekerjaan yang bermain dengan manusia, bermain dengan emosi dan segala urusan berkaitan dengan manusia. 

Ramai yang beranggapan sekiranya seorang pengamal HSE mempunyai pengetahuan teknikal, maka besarlah kelebihan beliau dalam HSE. 
Komen saya- itu separuh betul. 

Saya sendiri yang seorang graduan bidang perakaunan bercakap dari pengalaman saya. Ya saya telah jumpa ramai pengamal HSE yang berlatarbelakangkan teknikal yang berjaya. Tapi saya sendiri buktikan yang saya yang tanpa latar belakang teknikal juga boleh berjaya. 

Rahsia yang saya amalkan ialah pandai membina "rapport" dan rajin berusaha.

Apakah itu rapport?
Menuru Tom Hoobyar, pengamal NLP:

"Basically, rapport is a quality of relationship between people. People in rapport are inclined to give each other the benefit of the doubt, and they are more patient and sympathetic towards each other. 

Where there is rapport between people, it is easier to reach understanding, to resolve differences, make decisions, and achieve cooperation."

Oleh itu membina hubungan yang baik sesama manusia adalah kunci yang amat berharga bagi saya. 

Dalam memainkan peranan kita sebagai HSE, kita akan menegur bila terjumpa unsafe act atau condition. Menasihat bila ada kerja yang berbahaya dan meraikan bila ada pekerja yang melakukan sesuatu yang baik. 

Biarpun kita umpama ensaiklopedia bergerak mengenai proses, sekiranya pekerja "menutup telinga" bila berkomunikasi dengan kita maka HSE masih tidak berkesan. 

Kita perlu buatkan mereka dengar dan respond terhadap pendapat kita. 

Itu lah yang saya lakukan bila saya nampak sesuatu proses yang dirasakan bahaya. 
Saya akan bertanya "Tengah buat apa tuu?"
Soalan seterusnya "Bahaya tak?" "Boleh saya share observation saya?"
Selalunya mereka akan mendengar dan bersetuju dengan saya. 
Dan mereka akan bertanya "Habis, macam mana?"
Itu menandakan yang perangkap sudah mengena. 

Seterusnya saya akan bantu supervisor untuk lakukan JHA dan tugas selesai.
Dalam proses JHA itu saya akan syorkan langkah pencegahan juga.  
Tiada siapa tercedera, langkah jaga- jaga diambil dan direkodkan ke dalam dokumen JHA. 

Mudah kan? 
Bagaimana pula dengan anda?