Selasa, 5 September 2017

SENARAI HAZARD AKTIVITI KORBAN EID ADHA

SENARAI HAZARD AKTIVITI KORBAN

1. Cangkul yang bersepah boleh akibatkan luka terbuka di kaki bila terpijak
2. Pisau dalam poket boleh akibatkan luka kena tikam atau kena hiris
3. Menggulung tali tambatan lembu di tangan boleh akibatkan kecederaan kepada tangan bila direntap lembu 
4. Tali tambatan lembu yang nipis boleh akibatkan luka melecet bila direntap lembu
5. Tanduk lembu boleh akibatkan kecederaan parah
6. Mengangkat bahagian haiwan korban yang berat secara manual boleh akibatkan kekejangan otot
7. Kedudukan mencangkung yang lama semasa kerja korban boleh akibatkan gangguan pada aliran darah hingga terjadi pening dan kebas
8. Kapak yang dihayun boleh akibatkan kecederaan kepada bahagian badan yang berada dalam laluan hayunan
9. Petugas belum berpengalaman boleh mencederakan petugas lain semasa melapah dan mengulit
10. Berhati hati dgn pisau tukang sembelih..jika lembu meronta..tidak pegang kuat lembu ia boleh mendatang kan bahaya kpd pembantu
11. Serpihan tulang halus yg melayang masuk ke mata apabila mengkapak tulang lembu gearbox
12. Lembu jantan yg berang bila melihat aweknya diambang penyembelihan, blh menyondol petugas2 dr belakang
13. Makan daging / sup daging dan limpa berlebihan mengundang ketidakselesaan pada pengidap darah tinggi
14. Pakaian yg tidk sesuai ada sesetghnya memakai jubah atau kain pelikat
15. Lembu blh menendang org yg berada berdekatan
16. Terlalu lama dibawah panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi...
17. Memotong daging lembu tanpa henti boleh menyebabkan sakit dipergelangan tangan...
18. Incompetent and inexperience person petugas ketika proses melapah
19. Tali lembu yg tidak di tambat dengan kuat dan sempurna boleh terurai akibat di rentap lembu
20. Flying object (tulang) akibat di kapak atau di potong oleh cutting machine
21. Darah lembu yang menitis atas lantai yang menyebabkan lantai permukaan lantai mjadi licin
22. Teknik yang salah ketika menumbang lembu, lembu patah anggota badan / kaki
23. Klu hampir kws semak...terdedah bahaya binatang bisa
24. Klu bawah pokok....bahaya dahan timpa petugas2
25. Dimarahi & diperli oleh otai2 yg monitor boleh menyebabkn gangguan emosi jika petugas hati tidak kental
Terima kasih kepada semua yang join aktiviti hazard hunt ini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan