Isnin, 14 September 2015

Asas Pengurusan Insiden atau Kemalangan di Tempat Kerja: Bahasa Layman

"Plan for the best, Prepare for the worst"

Ini adalah prinsip yang dipegang dalam pengurusan bencana dan juga kecemasan. 
Kecemasan berlaku apabila insiden berlaku. 
Bila insiden sekecil luka di jari pun tidak terurus, maka yg kecil boleh jadi bencana. 

Berikut adalah level asas kejadian bila insiden berlaku: 


1. Insiden ----> 2. Tindakan Kecemasan ----> 3. Siasatan -----> 4. Tindakan Pemulihan 


Sebagai pengamal HSE, adalah peranan kita untuk menasihat dan memberi tunjuk ajar kepada majikan kita cara menguruskan setiap level. 

Saya akan bermula pada level 2. Tindakan Kecemasan
Langkah paling asas ialah mengungsikan bangunan (building evacuation)
Untuk pengungsian berlaku dengan efektif, perkara berikut perlulah dipertimbangkan: 
a. Alarm
b. Laluan pengungsian 
c. Kawasan berkumpul 
d. Head count/ Pengiraan Tandatangan 
e. Panggilan kecemasan kepada BOMBA/ Ambulan/ Polis 
f. Rawatan/ Tindakan Kecemasan

3. Siasatan
Berikut adalah elemen asas dalam siasatan: 
a. Pengekalan kawasan kemalangan (kuarantin) 
b. Kenyataan saksi dan orang yang terlibat 
c. Mengambil foto- minimum 15 keping 
d. Bukti dari dokumentasi 
e. Siasatan oleh jabatan yg pakar dalam bidang mereka i.e. production, maintenance, engineering, etc 
f. Penyediaan laporan berdasarkan maklumat dari semua pihak 

4. Tindakan Pemulihan 
Pemulihan akan diketuai oleh pihak production atau maintenance biasanya. 
Tugas kita ialah untuk memberikan "lampu hijau" bila ianya boleh dimulakan. 
Tindakan pemulihan perlulah mengambil kira semua CAPA (Corrective Action & Preventive Action) yang dikenalpasti dalam siasatan. 
Juga kita perlu melakukan risk assessment untuk tindakan pembetulan tersebut supaya ianya tidak mencipta hazard baru yang significant pula. 


Semoga artikel ini membantu anda untuk meningkatkan prestasi anda. 

Azahan Safetyman 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan