Selasa, 15 September 2015

3 Soft Skill Yang WAJIB Pengamal HSE Kuasai

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera.

Didoakan para pelawat blog Azahan Safetyman berada dalam keadaan sihat dan ceria- ceria.
Sekiranya anda sedang menghadapi ujian, kami doakan semoga anda diberi kekuatan untuk menghadapinya.

Setelah lebih 10 tahun menikmati pekerjaan dan pengalaman dalam bidang HSE, saya sedar untuk menjadi seorang pengamal HSE yang efektif dan produktif pengamal itu bukan sekadar boleh menghafal buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 dari kulit ke kulit.

Namun ianya juga tidaklah terlalu jauh. Pendek kata kita hanya perlu selangkah lebih sahaja untuk menambah nilai diri kita sebagai Pengamal HSE kepada majikan kita.
Berikut adalah 3 Soft Skill yang saya sarankan supaya pengamal HSE kuasai:

1. Skil Komunikasi
Saya senaraikan skil ini di tempat yang pertama kerana tugas utama pengamal HSE adalah untuk menasihat. Dan kita bukannya sekadar menasihat majikan. Skopnya merangkumi pekerja, kontraktor, klien, pelawat dan juga kanak- kanak sekolah rendah yang membuat lawatan sambil belajar di tempat kerja kita.

Malahan banyak pengamal HSE yang berjumpa saya kerana masalah komunikasi dengan majikan, sub- con, main- con dan banyak lagi.

Saya juga mengalami situasi yang sama dahulu dan keadaan berubah setelah saya menghadiri kelas komunikasi. Kuasa skil komunikasi ini semakin saya sedari setelah menghadiri kelas Neuro Linguistic Programming (NLP). NLP menunjukkan bagaimana mudahnya kita hendak mempengaruhi seseorang melalui komunikasi verbal dan juga non- verbal.

Saya pasti dengan menguasai skil ini, anda boleh meningkatkan prestasi anda di tempat kerja.


2. Skil Membuat Pembentangan
Salah satu tugas yang seorang pengamal HSE lakukan di tempat kerja ialah melakukan pembentangan. Bila saya kata pembentangan, ia merangkumi pembentangan dalam mesyuarat, melakukan "tool box talk", taklimat keselamatan hinggalah membuat kelas berkenaan dengan OSH.

Orang yang belajar skil pembentangan dengan orang yang boleh bercakap dan pandai- pandai buat pembentangan banyak bezanya. Dalam kes saya sebelum saya belajar ilmu pembentangan dulu, saya banyak bercakap tapi kurang isi. Lebih banyak mengarut daripada berbincang tentang penyelesaian masalah. Akibatnya masalah menjadi masalah dan bila tahap tekanan meningkat maka soalah seperti "KENAPA AKU??" pun keluar.

Oleh itu belajarlah ilmu skil pembentangan. Ada banyak kelas diluar yang ekonomi dan baik untuk anda sertai contohnya program The Professional Learning Facilitator yang menjadikan kita seorang pembentang yang menggunakan teknik NLP untuk mempengaruhi audien kita.

3. Skil Penyelesaian Masalah
Skil ini juga kritikal kerana pada satu masa dulu, bila saya berhadapan dengan masalah berkenaan OSH di tempat kerja, masalah itu jadi masalah saya.
Masalah sendiri belum selesai tambah lagi masalah orang lain sebab semangat "sangat" nak selesaikan masalah tersebut. Dan ini juga yang banyak pengamal HSE muda hadapi.

Nak menyelesaikan masalah kita kena tahu prinsip asas masalah.
Kemudian kita mesti tahu apakah pilihan- pilihan penyelesaian yang ada.
Setelah pilihan dibuat, kita mesti tahu bilakah masalah itu sudah selesai.

Dan tak semestinya kita mesti jadi pakar teknikal untuk selesaikan masalah teknikal. Yang kita perlu ada hanyalah skil Penyelesaian Masalah. Kerana kita merupakan penasihat kepada majikan dan pasukan kerja di tempat kerja kita.

Bagi saya, kursus- kursus seperti ini sepatutnya layak untuk mendapat mata CEP kerana ianya melengkapkan pengetahuan dan skil sebagai seorang pengamal HSE. Tidaklah jadi senario di mana seorang pengamal HSE menghadiri kelas "Membangunkan Jawatankuasa OSH" setiap tahun hanya kerana kursus tersebut menawarkan mata CEP yang tinggi.
Walau apa pun ini hanyalah pandangan peribadi saya.

Akhir kata, usah tunggu hingga majikan beri subsidi baru hendak hadiri kursus- kursus soft skill ini.
Buktikan yang kita ini adalah lebih dari sekadar memiliki buku hijau.

Assalaamualaikum
Azahan Arif
azahansafetyman@gmail.com