Sabtu, 5 September 2015

Apa Yang Patut Anda Buat Selepas Melakukan "Kesilapan"- Petua Dari Azahan Safetyman yang dah diuji dan terbukti berkesan

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Melakukan kesilapan merupakan tugas kita hari- hari. Kenapa?
Kerana dengan itu barulah pepatah "hari ini lebih baik dari semalam" lebih bererti.

Beza antara kesilapan besar dan kecil adalah bagaimana kita kawal kesan dari kesilapan tersebut mencapai ke skala yang besar atau pun kecil.

Berikut adalah langkah yang saya amalkan bila saya melakukan kesilapan.

1. Sedar
Sedar bahawa kesilapan telah dilakukan.
Sedari apakah kesilapan tersebut dan apakah yang patut dilakukan sebenarnya?
Kemudian apakah masalah yg akan timbul dari kesilapan tersebut

2. Komunikasi
Bila kita telah lakukan kesilapan, dan kesannya akan memberi kesan kepada pasukan kita, cepat- cepatlah beritahu kepada superior kita.
Kenapa? Kerana superior kita ada kuasa, pengetahuan dan pengalaman yang lebih dalam kesilapan yang kita telah buat. Kenapa?
Sebab dia dah buat dulu kesilapan yang kita buat tu :)

Semasa komunikasi masalah atau kesilapan itu, letak tepi dulu segala perasa yang kita rasa macam perisa takut (kicap), cuak (garam), marah (cuka).
Kenapa? Kerana bila segala perisa itu kita masukkan, masalah itu akan jadi kurang jelas, kurang fakta. Bos kita tak boleh nak bantu dengan efektif sekiranya kita tidak berikan mereka fakta.

3. Bertanggungjawablah
Bila kita telah lakukan kesilapan, minta maaf dan bertanggungjawablah.
Dan kita mesti ingat apa sahaja tindakan selepas itu adalah sebagai peringatan supaya kita tidak mengulanginya.
Sahabat saya Ustaz Azizi Satibi mengatakan "orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama 2 kali. Kali pertama dia masuk lepas itu dia akan belajar. Sekiranya masuk lagi, maka rugi lah orang itu".
Di tanah Arab, selepas hukuman hudud itu dijalankan, orang yang dihukum itu akan diraikan dengan penuh kesyukuran.
Kenapa? Subhanallah kerana orang itu berani bertanggungjawab dan telah melepaskan masyakat keseluruhannya dari hukuman Allah.

Semoga tips ini dapat membantu meningkatkan prestasi kerjaya anda.

Azahan Safetyman