Selasa, 9 September 2014

Patut ke Saya Pergi ke Interview tu?

Alhamdulillaah. Klien yang nak sangat saya bercakap telah telefon saya tadi. Beliau adalah seorang student fresh grad OSH dan sedang tercari- cari hala tuju kerjaya beliau.
Kenapa nak sangat bercakap? 
Sebab dah 3 kali berinteraksi di FB, topik yang sama namun beliau masih "melindungi" diri dengan alasan serta bangau yang tak terkira banyak spisisnya.
Tadi topiknya ialah adakah beliau patut pergi satu temuduga kerja?
Mula2 saya gunakan contoh shopping baju. 
Saya tanya "kalau awak beli baju, siapa yang pilih baju tu?" 
Beliau jawab, "Saya yang pilih, tapi saya pun tanya pendapat orang yang jual tu" 
Saya tanya lagi "in the end, siapa yang buat keputusan untuk beli baju tu?" 
Beliau jawab, "Saya" 
Saya terangkan "Kalau baju pun awak pilih sendiri, kenapa pula keputusan tentang hidup awak yang penting ni nak diserahkan kepada orang lain?" 
Namun beliau beri alasan mencari pendapat dari orang kedua, ketiga sebelum buat keputusan.
Then saya ambil keputusan untuk guna senario pergi ke Langkawi.
Yang ini berjaya masuk ke minda beliau.
Saya tanya, "Awak pernah pergi Langkawi?" 
Beliau kata tak pernah. 
Saya terangkan, "Belum pergi, dengar cerita memang bestkan? Ceritanya selagi awak tak niat dan usaha nak pergi selagi itulah awak terperuk kat Port Klang tu"
Sayup- sayup ada bunyi pang! di hujung talian.
Mudah- mudahan minda beliau terbuka untuk buat keputusan dalam hidupnya.
Aamiin