Isnin, 15 September 2014

Menjual HSE "Selling HSE" Kepada Majikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada beberapa pengamal HSE bertanya kepada saya, apa itu "Menjual HSE"?

Bagi saya ada 2 cara kita bawa HSE kepada majikan.
1. Enforcement = Penguatkuasaan
2. Selling = Menjual

Contoh enforcement adalah begini:
"Bos PPE kena pakai sebab law yg suruh"
"Training kena buat, kalau tidak boleh masuk jel 2 tahun, sebat 3 kali"
Ia adalah satu pernyataan ringkas apa yg majikan atau orang lain kena buat berdasarkan apa yang termaktub dalam akta.

Bunyinya macam pernah dengar?

Menjual pula ialah satu strategi supaya majikan dengan sukarelanya melaksanakan HSE ditempat kerja.


Secara ringkasnya strategi menjual adalah begini:
1. Bina rapport dengan majikan
2. Kenalpasti apa yg majikan pentingkan dalam organisasi
3. Kenalpasti apa yg majikan suka
4. Kenalpasti apakah masalah yg majikan hadapi untuk melaksanakan HSE
5. Cipta penyelesaian yg caranya majikan suka dan pada yg sama comply dengan undang2
6. Kalau cara pertama x jadi, laksanakan backup plan
7. Tunjukkan HSE sebagai sesuatu yg indah, yg akan menambah nilai kepada perkara yg penting kepada majikan.

Susah? 

Ya benda yang baik memang bukannya mudah nak dapat.
Yang pastinya saya punya hubungan yang bagus dengan team kerja di sini dan jarang berkonflik tentang HSE :)
=============
Kelas Mudahnya Menjual HSE
=============
Saya nak share teknik yang telah saya amalkan dan terbukti berkesan kepada anda.
Selain dari ilmu, anda akan dapat sokongan berterusan selepas kelas.
Anda juga boleh datang ke kelas ini berkali kali selepas hadir yang pertama.
Yurannya?
Anda yang tentukan nilainya.
Hantarkan emel "nak menjual" ke azahansafetyman@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan