Rabu, 17 September 2014

Bila masa terbaik untuk berhenti kerja?

Saya ajukan soalan ni kepada seorang sahabat saya yang telah berhenti kerja selama setahun.

Beliau beritahu saya "Jangan jadi macam saya". 

Itu menarik minat saya lagi.
Secara rumusannya beliau sarankan supaya saya berhenti bila sudah tidak seronok lagi bekerja.

Semalam saya baca buku Puan Ainon.
Beliau sarankan supaya anda berhenti bila anda sudah seronok berniaga. Dan walaupun anda sedang seronok bekerja.

Usah berhenti ketika situasi negatif kerana ia akan beri kesan kepada bisnes anda nanti.
Usah berhenti kemudian baru nak fikirkan apa perniagaan yang hendak dibuat.

Saya suka dengan saranan Puan Ainon.
Ia boleh dipraktikkan sekiranya kita hendak berpindah ke tempat baru juga.

Berpindahlah kerana anda mahu mengembangkan skill atau pengalaman anda.
Berpindahlah kerana ada sesuatu yang baik untuk karier anda dan wang hanyalah sebahagian daripada sebab- sebabnya.

Anda? Bila nak berhenti kerja?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan