Rabu, 2 Julai 2014

Kempen Musim Perayaan Tipikal

Sekarang sudah masuk Ramadhan. Di kebanyakan tempat kerja akan menganjurkan kempen sempenan musim perayaan yang bakal menjelang tiba.
Saya sharekan beberapa idea kempen musim perayaan di sini.
1. Ceramah Keselamatan jalan raya
Panggil pegawai polis trafik atau MIROS utk beri ceramah. Kalau MIROS biasanya akan datang sekali dengan booth dan free goodies
2. Pemeriksaan Kenderaan
Download checklist dari internet dan gunakannya utk memeriksa kenderaan pekerja. Ajak pekerja utk sertai secara sukarela.
Sebaiknya dilakukan pada 2 minggu awal utk beri masa kpd pemilik kenderaan pergi bengkel.
3. Demo tunggangan selamat
Penunggang motorsikal adalah golongan paling terdedah dengan risiko kemalangan maut.
Pegawai polis trafik adalah pakar dalam bab ini. NIOSH juga ada mempunyai pasukan yg khusus dlm topik ini.
4. Edaran Goodies Packs
Barang yang boleh diberi percuma:
- minyak angin
- gula2
- CD ceramah keselamatan
- pamplet keselamatan jalan raya dari PLUS atau MIROS
5. Teknologi
Zaman sekarang zaman smartphone. Ajak pekerja utk download dan install apps dari PLUS atau ikuti berita semasa melalui Twitter. Zero Cost punya kempen
6. Kuiz Keselamatan Jalan Raya
Ini paling sesuai utk mengukur tahap kesedaran pekerja kepada keselamatan jalanraya.
Semoga sharing ini berguna untuk perancangan program anda bulan ini.
Be sociable. Klik butang share di bawah
Azahan Safetyman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan