Isnin, 30 Jun 2014

"The Map is Not the Territory" Jawapan kenapa banyak orang punya idea berbeza tentang safety

Berapa ramai daripada anda yg punya masalah utk menerangkan atau menjawab soalan "safety tu apa?"

Saya akan terangkan dari konteks NLP supaya anda boleh dapat lihat dari sudut yg berbeza.
11 tahun yg lepas apabila saya dipanggil untuk interview jawatan "Health, safety and hygiene supervisor" saya ingatkan safety tu ialah kerja pak gad. 

Saya berpendapat begitu kerana safety dalam bahasa Melayu ialah selamat. Sekuriti pula pengawal keselamatan. Itulah bentuk peta minda saya pada masa itu.

Jadi map dalam minda saya menterjemah safety sbg pengawal keselamatan. Ia adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yg saya ada pada ketika itu.

Bila pergi interview baru saya tahu yg safety itu ialah sesuatu yg lain. Territory yg saya nmpk di dunia realiti berubah secara drastik selepas mula bekerja, pergi kursus dan sebagainya. 

Barulah saya kenal HIRARC, JHA, LOTO dan lain2.

Kita sebagai Pengamal Safety wajib selidik bagaimana bentuk peta minda management, supervisor, staff dan makcik jual pisang goreng. 

Bila dah tahu maka lebih mudah kita hendak menyampaikan maklumat supaya landskap territory mereka akan terbentuk mengikut bentuk yg kita mahukan.

Minda yg penuh dengan duit kita cakap dengan bahasa duit. Minda penuh dengan masjid kita cakap dengan surah umul kitab.
Begitulah.

Lepas ini tak perlu lagi bertanya soalan seperti "safety pun tak reti?" kpd makcik pisang goreng.

Sekarang anda dah tahu tentang "map is not the territory" bagaimana akan anda ubah cara anda selepas ini?


Azahan Arif
Pengasas Top Plus (+) Learning

Tiada ulasan:

Catat Ulasan