Khamis, 13 Februari 2014

Senarai Apps mesti ada untuk penasihat SHE

Assalaamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua.

Zaman sekarang teknologi berada di hujung jari kita.
Kita hanya perlu tenyeh- tenyeh (tekan) smart phone untuk membantu kita dalam kerja seharian.

Berikut saya senaraikan apps- apps yang membantu saya dalam kerja seharian.

1. Camera









Seharusnya menjadi rakan baik semua penasihat SHE.
Hampir kesemua aktiviti SHE boleh direkodkan dengan gambar.
Malahan gambar atau video diterima oleh standard ISO sebagai bukti dalam audit.

2. Color Blindness test













Apps yang baik untuk menguji samada pekerja itu rabun warna atau tidak.
Set aslinya teramatlah mahal. Yang ini percuma sahaja.

3. Whatsapp












Selain dari fungsinya sebagai media sosial, ia amat berguna dalam bisnes.
Contohnya ada syarikat yang menggunakan whatsapp untuk memantau progres kerja.
Penggunaannya boleh diluaskan untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan pantas.
Fungsi groupsnya amat berguna untuk tujuan ini.

4. First Aid- American Red Cross












Pergi kursus sekali. Lepas tu tunggu lagi 3 tahun baru kursus kembali.
Itu pun sebab nak renew sijil.
Apps ini amat berguna untuk mengingatkan kita segala ilmu mengenai bantuan kecemasan.

5. Flash Light Apps













Sediakan lampu picit sebelum gelap. Atau apabila perlu menyuluh sesuatu.
Selain dari mencerahkan tempat gelap, ia mempunyai fungsi sebagai lampu
isyarat kecemasan juga. Cuma pastikan bateri anda cukup sebelum digunakan.

6. Waze













Sebagai auditor, mencari lokasi auditee atau vendor boleh memeningkan kepala.
Apps ini juga amat berguna untuk merancang perjalanan anda.
Contohnya jika perlu hadir mesyuarat yang mana jem adalah berisiko yg amat tinggi.

7. Trello












Sekiranya anda sedang menguruskan sesuatu kempen, atau projek. Apps ini
mungkin untuk anda.
Semua task boleh diagihkan, diupdate progressnya di satu apps sahaja.
Minta semua ahli team anda install dan join sebagai satu group.
Marbeles.

8. Calendar













Pengurusan masa amat penting. Kan?
Catat semua aktiviti dalam kalendar anda.
Tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi


Begitulah sedikit sebanyak bagaimana saya aplikasikan teknologi dalam tugas seharian saya.
Manfaatkan teknologi dan usah biarkan ia yang memanfaatkan kita.

Semoga anda terus sukses dalam kerjaya