Khamis, 6 Februari 2014

Tanggungjawab SHE itu SHE yang PUNYA?

Apakah jawapan anda?
Ya
atau tidak?


Ini adalah soalan yang jika ditanya dalam FB, sangat ramai menjawabnya.
Termasuklah saya.

Namun bukan ramai yang cerdik untuk mengamalkannya

=========================
SHE is everybody's business
=========================

Saya belajar ayat ini dari tuan Erwan Ahmad dalam seminar Tg. Leman dua tahun yang lepas.
Beliau share semasa beliau bekerja di industri pembinaan, beliau arahkan semua staff SHE beliau
untuk balik tepat pada jam 7pm.

Satu tindakan luar biasa.

Projek Manager telefon dan marah, "Kenapa tiada orang safety masa kerja konkrit waktu malam??"
Jawapan beliau "SHE is everybody's business"



======================
Inspirasi vs Tindakan
======================

Saya belajar kenyataan ayat ini dengan cara yang pedih.
Sudah jadi kebiasaan apabila ada kerja yang kategori berbahaya saya akan terlibat dan secara
tak sengaja, saya telah menjadi "tuan punya" bagi semua kerja berbahaya.

Dengan semangat "kerjasama" saya akan advice samada kerja itu boleh atau tidak boleh dilakukan.
Tanpa disedari, saya meletakkan diri saya dalam situasi berisiko.
Risiko untuk menanggung tanggungjawab sekiranya berlakunya kemalangan.

Dalam satu kes spesifik, saya telah menjadi tukang review dan meluluskan sebarang prosedur mengangkat (untuk kerja mengangkat menggunakan overhead kren).

Syukur Alhamdulillaah tiada apa pernah berlaku selama itu.
Dan telah dilempang oleh bos- bos- bos saya untuk menyedarkan saya.

Antara lempangan pedih yang saya terima ialah:
"Adakah management anda tidak boleh berdikari?"
"Adakah supervisor terlalu lembab hingga tak boleh lead kerja itu?"
"Adakah anda terlalu superior mendahului semua orang dalam keputusan?"

Secara ringkasnya:
SHE is everybody's business
SHE hanyalah seorang advisor dan bukannya decision maker.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan