Masa saya kecik- kecik dulu, BBS adalah satu akronim yg "dahsyat" bagi saya. Semua org kata BBS ni cuma kompeni yang "power" je yg laksanakan.
Rasa macam nak pengsan lah bila sebut BBS ni.
Selepas bekerja di kompeni yang "power", barulah saya tahu yang BBS ni sebenarnya taklah dahsyat pun.
Tak pengsan pun masa melaksanakannya.
So, Apakah itu BBS?
BBS adalah satu program yg menguruskan perangai yg selamat dan tak selamat secara sistematik.
Teras kepada program ini adalah pemeriksaan. Bezanya adalah ia hanya fokus kepada perangai.
Ada dua jenis checklist yg saya pernah jumpa.
Yang jenis pertama (konvensional) ialah ia ada 20 item.
Setiap item menyatakan perangai yg patut seorang pekerja lakukan.
Contoh itemnya adalah seperti berikut:
1. Memakai goggle dengan betul
2. Membaca HIRARC sebelum kerja
3. Mengasingkan sampah mengikut jenisnya
Sangat tipikal dan jarang diubah itemnya
Jenis kedua (canggih) itemnya tak banyak. Saya buat biasanya tak lebih dari 7 item.
Itemnya berbunyi macam ni:
1. Pekerja memakai glove semasa membuang metal chips
2. Pekerja mematuhi had laju 5km/j semasa memandu forklift
3. Pekerja menyimpan sling di tempat yang sepatutnya selepas guna.
Item- item yg canggih ini lahir daripada komplen, observation dan maklumbalas dari pelbagai pihak.
Pada pendapat saya cara ini lebih berkesan kerana ia menguruskan isu yang hot pada masa itu dan fokus yg cukup diberi sehinggalah isu itu selesai.
Bagi anda pula, mana satu yang paling sesuai?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan