Penggunaan video dan gambar adalah popular dikalangan presenters.
Saya juga banyak menggunakan gambar dan video dalam pembentangan saya.
Cuma kadang- kadang ia tak juga berkesan.
Ikuti 6 tips berikut untuk meningkatkan keberkesanan video dan gambar :))
1. Guna gambar yang berkaitan sahaja. Gambar itu memang berkaitan dan anda gunakannya utk membantu menerangkan lagi isi anda. Video juga sama
2. Guna gambar yang high definition. Jelas sehingga setiap bulu itu nampak. Video juga sama.
3. Gambar haruslah besarrrrr. Jika sekeping gambar, letakkannya penuh slide itu. Saya akan letak maksimum 2 gambar sahaja dalam satu slide.
Teks akan saya letak dihadapan gambar
Video hanya satu video utk setiap slide. Juga haruslah besarrrr
4. Video haruslah tidak lebih dari 3minit. Konsentrasi audien kita terhad 3minit saja.
5. Letakkan bingkai kepada video. Anda boleh guna teknik kreatif dgn gunakan bingkai tv atau smartphone sebagai bingkai.
6. Gunakan format PNG utk tambahkan ummmpphh nya. Kelebihan format PNG ialah ia tiada latarbelakang.
Kesannya lebih terasa.
Amalkanlah di slaid yg anda ada sekarang dan emelkan kpd saya rupa sebelum dan selepas pembaikan.
Contoh yg menarik akan diposkan di blog ini untuk dijadikan rujukan kepada rakan- rakan yg lain.
Selamat membaiki gambar dan video anda :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan