Guru saya Mohd Rizal Hassan berkata seorang fasilitator yang baik adalah fasilitator yang paling kurang bercakap.
Amat mencabar minda kan?
Kita ni bila dah dapat pentas memang alamatnya tak berenti seminggu je lah bercakap.
===================
Kunci Pembelajaran Efektif
===================
Saya telah berjaya pecahkan kod tersebut. Alhamdulillaah.
Kuncinya terletak pada Objektif kenapa kita berdiri di pentas itu.
Asasnya kita mahu peserta belajar sesuatu. Betul?
Dan pembelajaran itu boleh berlaku dengan pelbagai cara selain dari mendengar bebelan!
Ketika di Politeknik Seberang Perai, setiap topik mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Ini adalah pecahan minit sesi saya:-
Saya bercakap: 15 minit
Group discussion: 15 minit
Aktiviti: 10 minit
Pembentangan kumpulan: 20 minit
Maka dengan itu saya telah menjadi "kurang bercakap".
Bagaimana pula anda mengurangkan perkataan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan