Ahad, 16 Julai 2017

Jerangkap Samar "Gaji Besar" Safety Officer

Jerangkap Samar "Gaji Besar" 
.
.
Banyak orang orang yang nak join bidang safety ni adalah kerana gajinya yang besar. 
.
.
Saya tak nafikan, dengan sekadar kelulusan sijil kursus 22 hari + Diploma gaji RM3k minimum adalah sangat- sangat lumayan
.
.
Ceritanya, banyak kawan- kawan saya dah terkena dengan jerangkap samar bila bergaji besar ni.
.
.
Bila gaji dah besar, maka ego juga makin besar.
Moto makin besar
Kereta makin besar
Rumah makin besar
Makan makin besar
Perut makin besar
Amal jariah Alhamdulillah juga makin besar
.
.
.
Ada 2 perkara yang saya nak ingatkan boleh buat anda terduduk, walaupun gaji anda besar.
.
Yang Pertama: Cukai Pendapatan
Saya bukan nak cerita pasal Potongan Cukai Berjadual.
Saya nak cerita yang LHDN berhak untuk audit semula submission anda dalam tempoh 7 tahun.
.
.
Masa gaji kecik, hal ni tak jadi isu sangat.
Bila gaji dah besar, ditambah lagi dengan usaha- usaha untuk declare rebate sebanyak yang boleh.... boleh terduduk bang 😫😫😫
.
.
Saya tahun lepas telah diaudit untuk tahun 2011 punya.
Ada rakan saya yang kena bayar semula secara ansuran bulan- bulan lebih RM1k selama beberapa bulan.
.
.
Yang Kedua
Jumlah hutang jangka panjang yang bertambah.
Contohnya:
Rumah: RM 2+++.++ sebulan untuk 30 tahun
Motor besar RM1+++.++ sebulan untuk 7- 9 tahun
Kereta besar RM1+++.++ sebulan untuk 7-9 tahun
Kad kredit
Courts Mammoth
Lazada
Mudah
Lelong
.
.
Sedarlah yang kita ni makan gaji aje.
Uruskan kewangan dengan bijak.
.
Tips saya hanya ada 2 bila anda bergaji besar nanti:
1. Kecilkan dan hapuskan jumlah hutang
2. Tambah dan besarkan jumlah simpanan& pelaburan
3. Beli dengan tunai. Takda tunai tak payah beli
.
.
Sebab tu saya pakai kereta Proton "aje" 😂
.
Semoga bermanfaat
.
.
Coach Azahan Safetyman
Graduan Diploma Perakaunan