Selasa, 3 Januari 2017

Saya ada mesin yang bising. Perlukah pakai ear plug?

Assalammualaikum Azahan Safetyman,
Maaf meganggu.Saya ingin bertanya, ada satu mesin di kilang saya (shaker 1) , mesin ini jarang di gunakan tetapi jika digunakan akan mengeluarkan bunyi bising dan tempoh pendedahan hampir 3 jam.
Perlukah saya menasihati majikan saya agar membelikan ear plug kepada pekerja yang mengendalikan mesin ini dan di sekitarnya yang terdedah dengan bunyi bising.?
Terima kasih Azahan. 




Waalaikumsalaam, 

Dalam hal menguruskan hazad Noise, Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising), 1989 wajib dijadikan rujukan. 

Kemudian, berikut adalah gap analysis yang perlu dilakukan: 

1. Adakah noise monitoring dah dilakukan? 
2. Dari noise monitoring akan menentukan keperluan personal monitoring 
3. Dari personal monitoring akan menentukan keperluan kawalan untuk tahap noise tersebut. 

Nak pilih ear plug pun tak boleh sebarang beli. 
Hanya hygienist yg boleh advice. 

Sekiranya salah pilih, takut- takut kita yang akan dipersalahkan bila pekerja yang ikut recommendation kita itu hilang pendengaran. 

Personal monitoring juga akan menentukan adakah audiometrik perlu dilakukan dan berapa kerap perlu dilakukan. 

Harap dapat membantu


Azahan Safetyman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan