Isnin, 12 Disember 2016

Insiden Kemalangan Industri: Adakah kita melepaskan orang dari tanggungjawab mereka?

Baru- baru ini kejadian kemalangan tempat kerja menjadi tumpuan media. 

Bermula dengan piling rig tumbang hinggalah ke jambatan runtuh. 

Saya membaca beberapa artikel yg secara jelas dan terang menyalahkan pihak safety atas kejadian- kejadian ini. 

"Kenapa safety tak periksa material?" 
"Kenapa safety tak audit?" 
"Kenapa safety tak pastikan kerja dilakukan dengan betul?" 

Saya nak tanya, sekiranya duit kita habis sebab kita shopping, adakah itu salah Bank Negara? 

Kalau kita beli kek dan kek itu tak sedap, adakah itu salah Kementerian Kesihatan sebab keluarkan sijil? 

Budaya menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. 
Bahkan memudahkan orang yang bertanggungjawab lepaskan diri. 

Ibarat burung Bangau yg menuding kepada ikan dan seterusnya hinggalah berakhir kepada sang ular yang bertanggungjawab.

Bila struktur seperti jambatan jatuh, siapa sebenarnya yang membuat rekabentuk nya? 

Siapa pula yang meluluskan rekabentuk? 

Siapa pula yang bertanggungjawab memastikan kerja dilakukan mengikut prosedur? 

Falsafah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 meletakkan tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja di atas dua orang iaitu majikan dan pekerja. 

Tanggungjawab majikan di bawah seksyen 15 adalah seberapa praktik untuk : 

1.Menyediakan sistem kerja selamat 
2. Menyediakan pengaturan untuk mengendalikan bahan dengan selamat 
3. Mengadakan laluan masuk dan keluar dari tempat kerja yang selamat 
4. Mengadakan Keselamatan,Kesihatan dan Kebajikan di tempat kerja
5. Mengadakan arahan, latihan dan prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 
6. Mengadakan penyelenggaraan di tempat kerja 

Majikan nak buat semua ni dengan berkesan mereka perlukan seorang penasihat. 

Penasihat itu dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bernama Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai SHO. 

Maksudnya SHO menasihat dan majikan yang buat keputusan!

Artikel- artikel itu menunjukkan tahap kecelikan rakyat Malaysia tentang safety. 

Walaupun penulis itu bergelar profesor, mereka wajib tahu dan sedar tentang safety kerana mereka itu juga seorang pekerja. 

Usah membangau lagi dan mula bertanggungjawab!!

Azahan Safetyman 
Pengamal HSE 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan