Isnin, 30 Mac 2015

Safety Teknikal Vs Perakaunan: Mana yang lebih baik?

Pada satu zaman dulu, masa saya mula- mula join bidang HSE, ini satu persepsi yang saya selalu saya dengar. Hari ini pun ada juga dengar. Persepsi ini berbunyi begini
"Orang yang join safety kalau ada background teknikal akan ada kelebihan"

Saya, selaku orang yang bukan berlatarbelakangkan teknikal, Perakaunan pulak tu berasa sedikit bias dengan statement itu.
Setelah 10 tahun berkecimpung dengan bidang HSE, saya dapati pendapat itu separuh benar sahaja.

Bila Pengetahuan Teknikal Berguna?
Ianya membantu, sangat membantu semasa melakukan risk assessment. Anda jelas kenapa proses itu dilakukan begitu dan bukan begini. Apakah proses itu? Apakah nama tooling yang digunakan.

Tanpa saya sedari pengetahuan teknikal ini sebenarnya secara asasnya pun sudah mencukupi.
Proses pembelajarannya juga sama. Orang yang berlatarbelakangkan teknikal sudah berjumpa dengan terma dan peralatan- peralatan teknikal semasa di sekolah.
Saya bila masuk tempat kerja baru kenal apakah itu overhead crane.

Apa Pengetahuan Yang Paling Penting dalam bidang HSE sebenarnya?
Setelah 10 tahun saya sudah cukup yakin, pengetahuan dan skil yang penting dalam HSE ialah skil pengurusan.
Nak comply dengan semua requirement dalam akta bukannya mudah. Skil management akan amat- amat membantu dalam hal ini.
Bila kita nak comply, bukannya HSE seorang sahaja yang berusaha. Ianya memerlukan seluruh organisasi komited untuk mencapai pematuhan tersebut.
Dan untuk mendapatkan komitmen semua orang, itu perlukan skil komunikasi dan juga pengetahuan dari segi politik. Pengetahuan mengenai saiz skru dan thread tidak begitu membantu di sini.

Kenapa Penting Nak Bincangkan Perkara Ini?

Sering saya perhatikan, apabila pengamal HSE merancang untuk hadiri kelas kebanyakan akan memilih kelas teknikal. Contohnya seperti Scaffolding, AGT, Lifting and Rigging course dan banyak lagi.
Kursus yang berkenaan dengan pengurusan seperti Komunikasi, OHSAS, Lead Auditor dan HIRARC tidah begitu diambil perhatian.

Kita perlu seimbangkan diri kita. Semakin tinggi kedudukan dan pangkat kita, skil pengurusan akan jadi lebih penting dan segala skru& spanar akan jadi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang yang "luar biasa" dalam market pekerjaan HSE, pelajarilah lebih skil pengurusan dan amalkan.

Sesuatu yang mungkin anda nak fikirkan.

Segala komen dan feedback bolehlah diajukan ke azahansafetyman@gmail.com


Terima kasih kerana membaca.

Assalaamualaikum

Azahan Safetyman