Jumaat, 20 Mac 2015

Macamana nak join bidang HSE? Dan jawapan saya

Soalan di atas adalah soalan yg amat popular. Saya kongsikan pendapat saya dalam soalan ini supaya boleh beri idea kepada anda tentang tindakan anda sekarang dan juga yg akan datang

[3/15, 8:34 PM] Blog Fan: Assalamualaikum Tuan Azahan , minta maaf menganggu.Saya merupakan salah seorang pembaca setia blog Tuan.Untuk pengetahuan Tuan , saya merupakan pelajar SPM tahun 2014.Saya sebenarnya berminat menjadi seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berjaya seperti Tuan.Pada pendapat Tuan , apakah langkah yang perlu dilakukan oleh saya sama ada perlu mengambil diploma dalam OSH ataupun terus sahaja menyertai kursus NIOSH ? Saya harap Tuan dapat menjelaskan pandangan dan cara cara yang lebih mendalam supaya saya berjaya menjadi seperti apa yang Tuan kecapi sekarang.Sekian terima kasih dan mohon sekali lagi kerana menganggu 😊

[3/15, 8:47 PM] Azahan Safetyman: Waalaikumsalaam. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog Azahansafetyman.blogspot.com.

[3/15, 8:53 PM] Azahan Safetyman: Bidang OSH memerlukan pengamalnya mempunyai
1- kelulusan profesional atau akademik
2- pengalaman

Saya dahulu dengan berbekalkan diploma perakaunan memohon jawatan sbg OSH supervisor di sebuah kilang dan bermula di situ.

Itu pun pada masa tu x kenal pun apakah OSH sebenarnya.

Bagi saya mempunyai kelulusan profesional atau akademik memudahkan untuk apply kerja.

Bermula dengan kerja mudah jika dah ada lobang kerja.

So bergantung kepada situasi anda sebenarnya.

Sekiranya anda belum punya lobang dan x ada apa nak buat, pergilah hadiri kursus.

Wallahualam

[3/15, 9:42 PM] Blog Fan: Terima kasih atas pendapat yang diberikan oleh Tuan , apa yang saya dapat simpulkan daripada penjelasan Tuan ialah tidak kira bidang diploma apa sekalipun yang kita ceburi tetapi mestilah juga menceburi dalam bidang profesional seperti kursus dan sebagainya.Adakah benar Tuan apa yang saya simpulkan ?

[3/15, 9:56 PM] Azahan Safetyman: Bagi situasi saya, saya masuk bidang OSH ni sebab saya x dapat kerja dengan diploma yg saya ada tu.

Cari makan masih kena cari makan. So saya luaskan skop saya dengan apply job job yg diluar bidang kelulusan diploma saya.

[3/15, 10:34 PM] Blog Fan: Adakah relevan sekiranya saya hanya mengambil kursus NIOSH ini sahaja dan terus memohon kerja ? Apakah pendapat Tuan ?

[3/15, 11:07 PM] Azahan Safetyman: Ada kelulusan kemudian minta kerja macam masuk meminang dah ada kerja gitu 😊