Sabtu, 4 Oktober 2014

JHA Raya Korban

[JHA Raya Korban]

Pada tahun ini Azahan Safetyman membuat keputusan untuk membuat projek Corporate Social Responsibility (CSR) atau Program Kemasyarakatan bersempena Hari Raya Korban.

Ini adalah JHA - Analisa Bahaya Kerja: satu teknik untuk mengenalpasti bahaya dalam kerja dan merancang bagaimana kemalangan boleh dielakkan.

Dalam industri kami Pengamal HSE menggunakannya untuk menguruskan bahaya demi memastikan keselamatan para pekerja.

Bagi saya kerja- kerja menguruskan korban juga mempunyai senarai hazard dan bahayanya sendiri.

Anda boleh gunakan JHA ini semasa taklimat sebelum memulakan kerja.

Dalam JHA ini ada 3 kolumn yang penting iaitu:
a. Langkah Kerja
b. Hazard
c. Langkah Kawalan


a. Langkah Kerja
Ini ialah langkah- demi langkah untuk melakukan sesuatu kerja. Contohnya seperti nak buka bateri telefon bimbit kita perlu:

  1. Matikan telefon
  2. Buka penutup belakang
  3. Tanggalkan bateri
b. Hazard
Hazard ialah apa- apa sahaja yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kejahanaman harta benda. Antara contoh lain ialah: 
  1. Tenaga Elektrik 
  2. Bahan- bahan kimia 
  3. Radiasi 
  4. Haba
  5. Biologi seperti kuman Taun, virus H1N1, biawak
  6. Bahagian mesin yang bergerak seperti aci engkol 
  7. Objek yang terbang seperti habuk atau bunga api dari mesin canai 
c. Langkah Kawalan 
Ini adalah langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kecederaan yg berpunca oleh hazard dari berlaku. 
Pemilihan langkah- langkah ini adalah mengikut hirarki berikut. Dari yang paling berkesan kepada yang kurang berkesan: 

  1. Penghapusan: Hapuskan terus hazard itu. Contohnya tiada gula- gula disimpan dalam rumah supaya anak- anak tak rosak giginya 
  2. Penggantian: Kita gantikan hazard yg besar risikonya kepada jenis yang berisiko rendah. Contohnya gantikan gula pasir kepada gula perang untuk rendahkan risiko kencing manis 
  3. Kejuruteraan: Apa- apa sahaja yang melibatkan kejuruteraan. Contohnya seperti memasang pagar di tangga untuk mengelakkan anak- anak bermain di tangga. 
  4. Pentadbiran: Langkah- langkah kategori ini bertujuan untuk memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Seperti memasang papan tanda dan memberi taklimat 
  5. PPE- Alat Perlindungan Diri- seperti sarung tangan, kasut, pelindung muka dan banyak lagi. 

Semoga kerja korban anda pada tahun ini berjalan dengan lancar in sha Allah. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan