Khamis, 2 Oktober 2014

Dilema Newbie dan Bagaimana Saya Atasinya

Newbie adalah zaman yang perlu ditempuhi oleh semua Pengamal HSE.
Di Malaysia 3 tahun pertama adalah dikira sebagai Newbie.
Ia adalah zaman di mana "langkah pertamaku bermulanya di sini".

Bagi saya adalah amat penting untuk anda menguruskan zaman newbie anda supaya perkembangan serta pengalaman anda selepas 3 tahun nanti akan melonjakkan anda terus ke tingkat yang tinggi.

Mari saya kongsikan dilema yang saya hadapi dulu dan bagaimana saya atasinya hinggalah tercapai pencapaian sekarang.

1. Nak minta kerja tapi kata orang gajinya rendah sangat. Merosakkan "market" kata mereka.

Saya mula kerja dulu gaji RM700. Hj. Zahruddin juga begitu. Saya tahu sebab dia yang cerita.
Saya juga tahu beberapa otai yang saya hormati lain menerima gaji sekitar RM1000 pada ketika masa mereka bermula.

Adakah merosakkan market?
Bagi saya yang betul- betul perosak market ialah mereka yang dah berpengalaman lebih dari 3 tahun tapi kualiti kerjanya dan etikanya masih sama dengan newbie.
Dan saya tak nampak rasionalnya nak membandingkan rate gaji saya dengan fresh grad.

Masa saya mula dulu, asalkan gaji yang ditawarkan memenuhi keperluan asas saya termasuklah bayaran PTPTN dah cukup.
Keutamaan saya ialah pengalaman.


2. Dah mula kerja tapi bukan setakat Safety, segala kerja lain pun buat 

Masa saya mula dulu, title saya ialah Occupational Safety& Health and Hygiene Supervisor.
Saya melaporkan diri kepada SHO dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal berkaitan OSH, HACCP, kebersihan kilang (cleaner), tandas, pokok bunga dan landskap, hostel, cuci lantai, maintain loker pekerja, uruskan kes histeria, 5S auditor, fire extinguisher, fire pump, ERT dan banyak lagi.

Semuanya saya laksanakan dengan kualiti terbaik.
Hampir setiap projek baru berkenaan dengan fasiliti akan "dianugerahkan" kepada department saya kerana hasil kualiti yang terjamin.

Bagi saya semua itu memberikan saya pengalaman. Saya belajar tentang:

  • Bajet 
  • Bagaimana bos berfikir dan buat keputusan
  • Sumber yang ada dalam organisasi
  • Komunikasi antara jabatan
  • Pengurusan sumber manusia
  • Cas OT ke maksimum 
  • Politik tempat kerja 

Saya sedari semua pengalaman ini amat membantu saya untuk berdiri di mana saya berdiri sekarang.


3. Nak bertanya di FB atau Forum tapi takut kena tembak dengan Otai 

Zaman saya pada tahun 2004 itu adalah zaman kegemilangan OSH.
Banyak idea banyak perbincangan mengenai OSH diutarakan di emel dan juga FB.

Soalan kalau basic sangat memang tak dilayan atau dibalas dengan ayat2 sembilu.

Biasanya saya telan aje. Sebab selalunya dalam ramai- ramai sembilu tu, akan ada seorang dua "gold nugget" yang akan layan soalan saya.
Bagi saya "biar bodoh seminit semasa bertanya dari bodoh selama- lamanya"
Lagipun baca buku tanpa guru ibarat mengaji dengan iblis.

Cara lain yang lebih mudah ialah anda boleh mula hubungi dan bina rapport dengan orang yang tulis blog ni. Itu pun jika anda faham dan faham.


4. Susahnya kerja! Terasa nak berhenti dan cari kerja yang boleh belajar dengan Otai

Saya pada mulanya tak ada idea pasal ni sampailah selalu baca di emel dan forum so saya terpengaruh.
Ketidakpandaian saya mempengaruhi majikan untuk laksanakan OSH, pengaruh dari komen "pengamal safety wajib hafal akta kalau tidak jangan kerja safety" buatkan saya tertekan.

Saya mula join geng "anti majikan" dan letakkan semua salah atas majikan.
Saya belajar macamana nak report kepada JKKP dan kumpul semua bukti kesalahan majikan.

Alhamdulillah sehinggalah saya dapat panggilan itu yang bunyinya macam ni "engko nak kerja dengan aku lagi tak? Esok masuk boleh?"
dan saya reply "kalau ni kompeni keluarga saya yang punya..., boleh! Malangnya bukan. Kena notis laa biasa".

Bermulalah "apprenticeship" saya dengan seorang SHO bernama Adam Salan.

Yang menariknya, sekarang tak perlu nak berhenti kerja pun untuk dapatkan nasihat tentang kerja ni. Klik saja butang "follow" di blog ini, ataupun hantarkan apa- apa soalan kepada saya di azahansafetyman@gmail.com dan saya akan bantu sedaya saya.

Berpersatuan juga adalah faedahnya boleh bertanyakan pendapat. Lalu FB boleh seperti di group SRG SHE atau juga melalui sesi Teh Tarik Session. Sebaiknya sebelum sesi TTS tu hubungi orang yg anda nak jumpa, nyatakan nasihat yg diperlukan dan kemudian diskas lah semasa menikmati Teh Tarik Halia Kurang Manis.

5. Nak pergi kursus tapi tak tahu yang mana

Saya terpengaruh dengan cerita kawan- kawan pergi ambil kompetensi scaffold, confined space dan lain- lain. Masalahnya kerja kilang tak pakai sangat benda- benda macam tu.

Saya merujuk kepada iklan- iklan kerja di Jobstreet dan The Star hari Sabtu.
Apa yang jawatan- jawatan ni nak sebenarnya? Saya juga letakkan sasaran 3 tahun di satu tempat sahaja untuk saya habiskan zaman newbie saya kerana Jobstreet.
Iklan- iklan mengatakan nak pengalaman sekurang- kurangnya 3 tahun untuk jawatan SHO atau Eksekutif.

Selepas 11 tahun saya pelajari yang SHO tidak perlukan banyak kompetensi sebenarnya.
Yang ambil banyak- banyak ni sebenarnya atas tujuan bisnes.
Jika anda ambil semua kompetensi kerana kerja, dengan gaji tak lebih RM 10k, itu akan jadi sesuatu yang sangat menarik.
Fokus adalah lebih baik. Masa dan modal wang yang amat berharga akan digunakan dengan sepenuhnya.


Begitu lah sedikit sebanyak perkongsian kali ini.
Sekiranya bermanfaat, mohon anda klik butang share dibawah dengan ikhlas :)


Azahan Arif
HSSE Specialist
Professional Learning Fasilitator
SOIF Coach