Sabtu, 30 Ogos 2014

Tool Box Tema Kemerdekaan ke 57

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan, saya membuat keputusan untuk menjadikan Merdeka sebagai tema Mass Tool Box pada kali ini.

Muka hadapan slide saya ialah tema dan logo Kemerdekaan tahun 2014
15 minit sebelum bermula tool box, saya mainkan lagu- lagu upbeat dengan agak kuat
8.00am: Tool box bermula

"Adakah anda tahu apa akan berlaku pada hujung minggu ini?"
"Tahun ini adalah tahun yang ke berapa kemerdekaan negara kita?"
"Inilah tema kemerdekaan tahun ini: Malaysia.... Di sini lahirnya sebuah cinta"

Ada yang bertanya apa maksudnya itu?

Saya menerangkan
"Di Malaysia, rakyatnya terdiri dari berbagai kaum"
"Kita berbeza dari warna kulit, rambut, bahasa, agama"
"Namun yang menyatukan kita ada satu."
Banyak yang meneka hingga ada yang menyebut "cinta"
"Ya betul. Cinta lah yang menyatukan kita hingga hari ini"

"Begitu juga di tempat kerja kita. Kerana cinta kepada syarikat maka kita boleh buat produk, menghantar kepada klien kita"
"Sekarang lihat pada orang di sebelah anda dan katakan "Aku sayang kamuuuuuuu""

Respondnya semua orang ketawa. Ramai juga yang buat lawak.

"Kalau ini pun tak boleh buat, usah cakap tentang nak keluarkan 100 produk, usah sebut tentang kosong insiden. Kerana semua ini memerlukan cinta sesama kita untuk mencapainya. Setuju?"
Ramai yang jawab setuju
"Jika setuju, kita buat sekali lagi. Kali ini dengan intonasi dan ekspresi muka yang feeling sekali"
Dan kali ini mereka buatnya dengan lebih baik.

Kemudian saya minta semua berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Sekali lagi mereka excited sebab tak pernah dibuat orang.
Dan apabila mereka menyanyi, ia adalah nyanyian yang paling merdu sekali.



Selamat Hari Merdeka Malaysia

Sekurang- kurangnya ini lah yang aku mampu lakukan untuk mu


Azahan Safetyman
HSSE Specialist 
PLF Coach

Tiada ulasan:

Catat Ulasan