Selasa, 8 April 2014

Lelaki ini berikan segala yang termampu demi kebahagiaan orang lain dan mendapat ganjaran lebih mahal dari wang ringgit

Video ini saya jumpa di Facebook. Dikongsi oleh guru saya Mohd Rizal Hassan.
Ia menunjukkan model yang tepat tentang konsep hidup untuk memberi.

Semasa saya mendaki tangga kejayaan 10 tahun lepas, saya lakukan apa saja untuk capai kejayaan itu.
Sehinggalah pada dua tahun lepas saya baru sedar yang saya terlalu obses dengan konsep "usaha tangga kejayaan"

Terlalu berusaha hingga letakkan kepentingan diri no.2 dan keluarga serta yg lain no 3.
Kerja ialah no. 1

Hari ini saya melihat ramai anak muda yang sama seperti saya yg dahulu.
Namun hati ini bersyukur apabila ada sebilangan yang tahu bahawa "kerja bukanlah segalanya".
Ceritanya ialah kita berusaha setiap hari. Bukannya dari umur 20 hingga 30 tahun sahaja.

Saya cadangkan supaya anda "stop work" sehari.
Lihat dan fikirkan berapa banyak yang telah anda memberi demi kebahagiaan orang lain.
Fikirkan berapa banyak sunnah Rasulullah yang telah menjadi amalan seharian.
Pilih satu tindakan dan laksanakan sepenuh hati bermula sekarang.


TOP+
Menjadikan dunia tempat yg lebih baik dengan memberi

P/s: cara paling mudah untuk memberi ialah dengan share info berfaedah di FB dengan niat supaya hidup orang lain mudah- mudahan akan bahagia juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan