Isnin, 14 April 2014

3 sebab untuk mengurangkan menggunakan "Why" dalam problem solving

"Why" atau "mengapa" adalah soalan yang amat popular.
Terutama sekali bila ada masalah.
Ia adalah soalan yang paling sukar dijawab.

Masalahnya banyak management tool menghargai dan memaksimakan soalan ini.
Terma seperti "5 Wives and 1 Husband" atau "5 Ys" amat popular.
Dengan tidak disedari soalan ini amat tidak efektif.

Berikut saya beri 3 sebab KENAPA atau WHY adalah tidak efektif:

1. Ianya menggalakkan orang MENIPU
Saya ambil contoh kanak- kanak.
Kanak- kanak ini baru saja tumpahkan air. Apa agaknya yg ibu bapanya akan katakan mula- mula sekali?
Ye betul. "KENAPA abang tumpahkan air?"
Kenapa itu kenapa ini.
Ia memberi impresi "marah" kepada yang bertanya.
Jawapan kepada soalan itu mestilah jawapan yang sesuai dan tidak membuat orang itu marah.
Penyelasaian yg mudah ialah dengan menyalahkan orang lain, persekitaran atau malahan momok juga boleh dilibatkan.

2. Ianya menggalakkan budaya BLAMING
Saya ambil contoh sesuatu insiden berlaku. Ada barang jatuh.
Kenapa jatuh? Sebab sling putus. Kenapa putus? Sebab tak check. Kenapa tak check? Sebab lupa.
Kenapa lupa? .......

Ianya ibarat terowong yg sempit yg haluannya ialah meletakkan kesalahan itu ke atas seseorang.
Yang mana ada banyak lagi kemungkinan yang boleh diterokai tapi tidak dilihat.

3. Ianya TERIKAT
Soalan kenapa dan kenapa berfokus kepada satu kawasan sahaja.
Ianya fokus kenapa seseorang bertindak atau kenapa sesuatu tindakan itu dilakukan.
Ianya tidak meneroka arena yang lebih luas yang boleh diterokai oleh soalan siapa, apa, dimana, bila.


Bagaimana untuk menambah baik?

Mudah saja.
Gunakan soalan lain dengan lebih banyak dan sebagai ganti kepada soalan "Why".
Sebagai contoh: "Kenapa awak buat begitu?" gantikan dengan "Apa yg menyebabkan awak buat begitu?"
"Kenapa jatuh?" kepada "Apa sebab jatuh?"

Jika terpaksa guna, minimumkanlah kepada sekali sekala sahaja.

Semoga anda sukses dalam kerjaya.

Anda ada komen? Mohon share komen anda dalam ruang di bawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan