Rabu, 22 Januari 2014

Senaman dalam pembentangan

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hai, 
Macam lamaaa je tak menulis
Macam lamaaa je tak nampak post baru? 

Maafkan saya kerana minggu ini agak kesibukan. 
Biasalah hidup umpama roda. Kadang kita sibuk kadang kita senang. 

Minggu ini intern student kami melaporkan diri. Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Petroleum dari UTP. 
Masih dalam peringkat tumbesaran. Kalau duduk kat kerusi kaki beliau akan tergantung. 
Beliau akan bersama kami selama 7 bulan. 
Dan saya lah yang akan jadi pembimbing beliau. 

Ok balik kepada topik kita. 
Saya mula perasan yang senaman pada permulaan pembentangan adalah berkesan untuk meningkatkan minat dikalangan peserta dalam seminar Dr. Azizan Osman. 
Kemudian apabila belajar NLP, maka kuatlah lagi pemahaman saya bahawa senaman akan meransang deria- deria audien kita. Seterusnya minda akan terbuka dan mudahlah untuk ikuti pembelajaran. 

Pada pagi ini dalam toolbox mingguan kami saya dipertanggungjawabkan untuk lakukan senaman. 
Bayangkan dengan semua pengurus, supervisor, big boss, small boss saya nak suruh bersenam. Gila ke apa? 
But yes, Just Do It dan mereka ikut apa yang saya buat. 

Pertama sekali bina rapport dengan audien anda. 
Kemudian terangkan apa yang akan anda buat. 
Dan buatlah senaman itu. 

Apa senaman yang saya buat pagi tadi? 
Mudah dot com. 

Saya goyangkan tangan kanan
Goyang tangan kiri
Goyang kaki kanan
Goyang kaki kiri

Siap. 




Yang paling menariknya ialah:
Klien kami dari BP sangat suka dengan senaman itu
Manufacturing manager kata sangat bagus sebab menghangatkan badan dia untuk bekerja pada pagi itu. 

So, what is your bangau (alasan)? 
Dare to be Safetyman

Jika artikel ini berguna untuk anda dan rakan anda, share lah supaya mereka juga menerima manfaatnya. 

Tinggalkan pertanyaan anda mengenai pembentangan di SINI atau emelkan ke azahansafetyman@gmail.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan