Pada suatu masa dulu, saya gementar bila berada di atas pentas.
Tiada hantu, momok mahu pun The Goblin yang melontar bom- bom labunya namun saya tetap berasa seram sejuk.
Namun atas dasar minat dan niat nak sharing saya berada diatas pentas. Terus berada disini hingga ke hari ini :)
Bila saya share cerita fobia dengan pentas ni dengan rakan- rakan, mereka mempunyai beberapa "bangau" tersendiri.
Mari saya share dan kupas bangau- bangau yang saya minat nak kupas :)
Bangau #1- Takut dengan soalan yang "killer"
Saya nak tanya dulu, adakah anda percaya adanya seorang fasilitator yang mampu menjawab semua soalan?
Jika anda katakan YA, sila tepuk tangan. Anda pun sedang membangaukan diri sendiri.
Seorang fasilitator yang hebat tidak punya jawapan kepada seribu soalan.
Ya anda tidak silap baca. TIDAK PUNYA JAWAPAN KPD SEMUA SOALAN
Yang punya semua jawapan bagi saya hanyalah En. Google.
Seorang fasilitator yang hebat punya 1000 cara untuk kendalikan APA SAJA SOALAN.
Nak lagi hebat, fasilitator itu boleh memilih untuk tidak menjawab soalan.
Nak dijadikan contoh, saya share pengalaman saya di Politeknik Seberang Perai baru- baru ini.
Peserta saya adalah pensyarah- pensyarah fakulti kejuruteraan yang mana OSH adalah sebahagian dari subjek mereka.
Salah seorang peserta, Cik Puan Hidayah bertanya kepada saya:
"Encik Azahan, penjawat awam tidak mencarum PERKESO. So kalau kami kemalangan semasa berkhidmat, apakah skim yang ada"
Bila dengar soalan tu rasa macam kena lempang dengan The Rock.
10 tahun dalam OSH tak pernah berdepan dengan situasi penjawat awam ni.
Saya terus tenang dan saya kata:
"10 tahun saya berkecimpung dalam OSH, ni lah pertama kali orang tanya saya soalan ni. Biar saya check dengan rakan lain dan kembali dengan cik puan. Boleh?"
Dan saya bertanya di group Facebook SRG SHE dan kembali dengan jawapan skim Ex- Gartia.
Mudah kan?
Bangau #2- Takut gemuruh sangat
Cakap pasal gemuruh ni semua orang gemuruh.
Penceramah yang berpengalaman berpuluh tahun pun gemuruh juga.
Bak kata sifu saya Mohd Rizal Hassan kata: "Mereka pun manusia juga. Kalau orang tu ada ekor, LARI!!!"
Saya share tips apa yang saya buat utk lawan gemuruh.
Yang pertama baca doa Nabi Musa menghadap Firaun
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku;
Sumber: daawah.com
Yang kedua
Be prepared
Yang ketiga
Be prepared
Yang keempat
Be prepared.
Seorang penceramah terkenal pernah berkata:
"Tak kira berapa juta pun kau bayar, jika kau tidak berikan aku sejam untuk menyemak semula ucapan aku, aku takkan naik ke pentas itu"
Baiklah itulah dua ekor Bangau yang saya kupas pada malam ini.
Sekiranya anda punya Bangau lain, silalah emel kepada saya di azahansafetyman@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan