Isnin, 30 Disember 2013

Presentation berkesan siri 2- Isi

Bersambung topik kita dari Siri 1
Saya bila bercakap, jarang kurang dari seminit.
Paling tidak pun 15 minit tu kacang je. Tidak saya sedari apa yg saya cakap tu kebanyakannya cakap sampah.
Yes betul cakap sampah.

Dalam subjek karangan Bahasa Malaysia 2 dulu kita ada belajar tentang isi penting betul tak?

Secara ringkasnya berikut adalah jenis2 isi:
1. Isi mesti tahu
2. Isi bagus kalau tahu
3. Isi menarik utk diketahui

Anda boleh bayangkan nasi lemak sebagai analogi.
Apa yg perlu ada utk satu hidangan nasi lemak utk jadi nasi lemak?

Bagi saya ia mesti ada:
1. Nasi lemak
2. Sambal tumis
Ada dua ni kira dah jadi nasi lemak dah.

Oleh itu pastikan isi mesti tahu anda ada, dan dikupas dengan isi- isi bagus utk tahu dan menarik utk diketahui.

Anda boleh mula membuat topik dan senaraikan isinya kemudian emelkan kepada saya di azahansafetyman@gmail.com untuk dikomen :))

Ingat- Bagaimana rupa nasi lemak anda?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan