Jumaat, 27 Disember 2013

Presentation berkesan Siri 1

Post kali ini adalah utk menjawab soalan Haffiz Mastor yg berbunyi begini:
" sy nak faham dengan lebih lanjut tentang cara utk presentation yg lebih effektif.. harap tuan dpt berkongsi pengalaman & tunjuk ajar...in sya Allah"
Saya nak tanya pernahkah anda hadir ke satu majlis presentation di mana presenternya menarik, videonya kelakar tapi pada penghujung rancangan anda tak ingat satu apa pun?
Untuk jadikan presentation anda menarik anda perlukan struktur presentation.
Strukturnya adalah seperti berikut:
1. Pendahuluan (Opening)
2. Isi (Body)
3. Penutup (Closing)
Mudahkan?
Malangnya banyak presenter yg lupa tentang struktur ini termasuklah yg menulis blog ini sekali.
Saya akan terangkan serba ringkas mengenai Pendahuluan.
Pendahuluan ialah di mana anda menjawab soalan audien yg berbunyi begini:
"Kenapa aku kena dengar bebelan kau ni?"
Kalau tak boleh jawab maka tidak efektiflah presentation anda.
Cara yg biasa saya buat adalah seperti:
1. Menerangkan bagaimana topik ini relevan dgn audien. Saya mungkin bertanya "berapa ramai welder atau pernah tengok kerja welding sila angkat tangan?" kalau ada ramai angkat maka saya akan teruskan "maka topik saya pasal hot work ni relevan lah utk anda"
2. Menerangkan objektif presentation
Anda perlu kaji dulu siapa audien anda sebelum presentation. Sebab itu saya berani tanya berapa ramai welder sbb saya tahu akan ramai yg angkat tangan.
Elakkan dari meleret leret. Nanti perhatian mereka akan hilang.
Saya akan terangkan bab isi dan penutup kemudian nanti.
Seperti biasa, soalan atau pandangan ke:
@azahansafetyman (fb)
azahansafetyman@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan