Jumaat, 6 Disember 2013

Kenangan Zaman Mula Bekerja

Terkenang zaman mula bekerja. 

Saya ada dua orang bos yang teramat garang. Yang pertama ialah pengurus saya dan yang kedua ialah pengurus kawasan.

Mula- mula yes takut yang amat. Tapi lama- lama dah tak takut sebab memang konfem kena marah. 

Saya cabar diri saya untuk perbaiki kualiti kerja saya supaya tak kena marah. 

Sedar- sedar saya telah menjadi orang yang terakhir akan dimarahi oleh pengurus saya jika ada masalah.
Pengurus kawasan saya pula terpaksa "korek" bawah meja untuk cari point kesalahan saya.

Masa kalau kena marah pun boleh senyum lagi.

Kemudian saya dapat kepercayaan untuk "membetulkan" keadaan di sebuah cawangan dan hampir menguruskan sebuah cawangan sendiri.
Walaupun belum sampai setahun saya bekerja.

Hentikan merungut, muhasabah diri dan lakukan pembaikan.

Kesempurnaan hari esok bermula pada malam ini.

Assalaamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan