Jumaat, 18 Mei 2018

Risk Matrix : Kekerapan dalam Kebarangkalian

Artikel ini ditulis pada hari ketiga berpuasa, Ramadhan 2018 
Oleh Coach Azahan Safetyman 

Dalam sebuah kelas Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control, salah sebuah kumpulan peserta yang membina HIRARC dalam kelas kendalian saya itu memberikan nombor Kebarangkalian yang menarik pada setiap Hazard mereka 

Syarikat ini adalah syarikat kecil yang mempunyai mesin yang kecil. 

Mereka telah meletakkan 4 pada Kebarangkalian untuk Hazard- Hazard mereka 

Semasa sesi pembentangan saya bertanya, "Apa sebab 4 ya?" 

Dengan pantas mereka menjawab "sebab mesin ini beroperasi tiap- tiap hari" 

Pada satu masa dulu, saya juga pernah belajar definisi yang sama. 
Kekerapan = Kebarangkalian 

Yang mana saya tidak lagi mengamalkannya 

Saya berpendapat begitu atas beberapa sebab berikut :

Sebab pertama : Maksud bahasa 
Kebarangkalian ialah kemungkinan untuk sesuatu berlaku. Ianya boleh berdasarkan kata hati dan perasaan, pengalaman yang lepas, tahap kawalan kita dan banyak lagi faktor 

Kekerapan pula adalah frekuensi kejadian tersebut telah berlaku dalam satu tempoh masa. 

Sebab Kedua : Pemakaian situasi 
Perkataan Kebarangkalian itu dipakai dalam penilaian risiko untuk Hazard itu mengakibatkan kecederaan atau kerosakan. 

Maksudnya apakah Kebarangkalian untuk kecederaan itu berlaku akibat daripada Hazard yang tak dikawal itu? 

Bila kita lihat Kebarangkalian dari dua sebab di atas, menggunakan Kekerapan = Kebarangkalian adalah sesuatu yang tidak berapa tepat untuk semua situasi. 

Kekerapan boleh dijadikan dasar Kebarangkalian hanya untuk Kekerapan berlaku nya kemalangan, kecederaan atau kerosakan. 

Contohnya : 
Kejadian barang jatuh semasa operasi Forklift meningkat jadi setiap minggu. Setiap minggu mesti ada satu kejadian barang jatuh di tempat kerja kita. 

Dalam kes di atas, satu kejadian untuk setiap minggu adalah sangat kerap. Maka 4 layak untuk risiko barang jatuh daripada Forklift. Hazard yang mengakibatkan barang tersebut jatuh perlu dilihat secara teliti kerana ia boleh diakibatkan oleh Hazard yang sama atau pun tidak. 

Kekerapan melakukan kerja digunakan sebagai Kebarangkalian adalah satu sebab yang lemah. 

Contohnya, Hazard terkena kejutan elektrik semasa menghidupkan suis mesin 

Berapa kali hidupkan suis? 
Sehari 24 kali 

Berdasarkan Kekerapan kerja 24 kali itu, layaklah kita letakkan 5 dalam Kebarangkalian 

Namun jika kita kembalikan 5 itu kepada Hazard terkena kejutan elektrik semasa menghidupkan suis mesin, ianya akan jadi begini;

Setiap kali pekerja hidupkan mesin, dia akan terkejut 

Asal on aje "Aww" 
Asal on aje "Aduh"
Asal on aje "Ayoo"
Asal on aje "Oink"  

Begitu juga semasa off 😜

Kesimpulannya 
Kebarangkalian adalah untuk Kebarangkalian berlakunya kecederaan atau kerosakan yang diakibatkan oleh Hazard 

Bukannya Kekerapan kerja 

Semoga bermanfaat