Khamis, 23 Jun 2016

Pelan Perjalanan Selamat Saya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Perjalanan balik kampung adalah rutin di Malaysia apabila tiba musim perayaan.
Jutaan kenderaan membanjiri lebuh raya dan jalan raya pada masa ini.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam boleh bertukar kepada 4 atau lebih.
Persediaan amat penting bagi memastikan kita sampai ke destinasi dengan selamat.

Untuk membantu anda membuat perancangan, kami telah sediakan kit Pelan Perjalanan Selamat Saya ini. Anda boleh gunakannya untuk merancang perjalanan anda nanti.




Kami juga ada kit ini dalam versi PDF dan Power Point supaya anda boleh edit di komputer anda.
Kami juga ada sediakan teks untuk program Tool Box supaya anda boleh kongsikan kit ini dalam tool box anda.

Sekiranya anda berminat, klik di SINI

Kami doakan anda semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik berhari raya.

Maaf Zahir dan Batin


Azahan Safetyman  

Sabtu, 18 Jun 2016

Senarai Pemeriksaan Kenderaan Interaktif Yang Boleh Anda Gunakan untuk Perayaan Ini


Assalaamualaikum dan Salam sejahtera pembaca yang budiman sekalian. 

Untuk musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami buatkan senarai pemeriksaan interaktif ini untuk kegunaan anda. 

Anda boleh gunakannya untuk kenderaan anda sendiri atau pun pada kenderaan orang lain. 

Kami doakan anda semua selamat dalam perjalanan. Aamiin

Anda boleh dapatkan senarai ini juga di laman FB kami: Azahan Safetyman

Team Azahan Safetyman

Senarai 5 Pengalaman Emas Yang Anda Patut Dapatkan di Tempat Anda Bekerja Sekarang



Assalaamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman.

Kita telah belajar semasa mula- mula mencari kerja lepas grad dahulu, pengalaman itu sangat penting. Soalannya sekarang, adakah kita betul- betul belajar tentang pengalaman itu, atau pun kita sama sahaja selepas 3 tahun bekerja?

Saya kongsikan di sini 5 Pengalaman yang pada pendapat saya anda mesti ada dan kuasai.
Saya sentiasa berpegang kepada pepatah "Practice give Experience"

1. Menangani Kerenah Majikan dan Pasukan Kerja
Adakah anda ada golongan yang mencabar untuk dilayan di tempat kerja anda sekarang? Jika ada, bagus! Salah satu kerunsingan bakal majikan ialah menggajikan calon yang tidak tahan dengan stress yang berpunca dari kerenah tempat kerja.

Apa yang anda perlu buat ialah belajar untuk bertenang dan profesional dalam mengendalikan orang- orang ini. Sehinggakan bila bakal majikan baru tanya tentang ini jawapan anda ialah "Biasalah, mana- mana tempat kerja akan ada hal yang sebegini".

2. HIRARC 
Ini adalah skill paling asas dalam pengurusan OSH&E di tempat kerja.
Tidak mengapa jika majikan tidak begitu supportive.
Tidak mengapa jika team production atau construction sibuk selalu.
Ambil borang HIRARC, dapatkan langkah kerja, kesan Hazard, letakkan Matriks dan letakkan langkah kawalan.
Praktis setiap bulan dan simpan rekodnya. Cari pengamal HSE yang berpengalaman dan minta mereka semak HIRARC anda.
Usah tunggu dah nak ambil paper 4 baru nak praktis.

3. Menjadi Kreatif dalam Situasi Sumber Yang Terhad 
Kata azimat yang diberikan oleh Director saya yang saya pegang hingga ke hari ini ialah
"Think Creativity before Capital"
Maksudnya nak buat program safety tidak bermaksud sentiasa memerlukan kos yang tinggi.
Ingat ya, saya tidak kata program tidak memerlukan modal ya.
Dan Director saya itu adalah seorang yang berpengalaman 30 tahun dalam Oil and Gas.
Ini melanggar prinsip banyak pengamal HSE dan saya tidak kisah pun.
Sebabnya banyak majikan suka orang yang ada pengalaman dan mampu menjadi kreatif ini.

4. Kepimpinan
Belajarlah jadi pemimpin. Semasa di sekolah kita dilantik jadi pengawas, setiausaha persatuan dan ahli silat adalah untuk persediaan dalam dunia pekerjaan sebenarnya.
Pengamal HSE yang tiada kualiti kepimpinan dialognya selalu begini
"Nak buat macamana lagi orang tak support. Kita suggest macamana pun macam cakap dengan dinding aje"
Pemimpin akan pimpin, bukan paksa
Pemimpin memberi inspirasi, bukan sekadar arahan
Pemimpin adalah orang yang ada banyak pilihan, bukan alasan

Persatuan seperti Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (SRG-SHE) ada program kepimpinan seperti BLAST yang anda patut sertai.

5. Komunikasi 
Bercakap tidak semestinya berkomunikasi.
Bercakap dengan dinding bukannya berkomunikasi. Maksud komunikasi ialah kita menyampaikan mesej dan kemudian kita dapat respon dari mesej tersebut.
Menjerit semasa bercakap dengan pekerja kadang- kadang memang sama macam bercakap dengan dinding.
Saya bukannya seorang yang kuat bercakap. Bila menyembang dengan kawan- kawan pun bila topiknya bukan dalam pengetahuan atau minat saya, saya akan diam.
Bila dah belajar skil berkomunikasi, tambah dengan Neuro Linguistics Programming, tak bercakap pun orang dapat mesej saya.

Baca lagi tentang skil komunikasi di SINI

Setelah membaca artikel ini, adakah anda ada ke lima- lima pengalaman tersebut?
Jika sudah, tahniah kepada anda kami ucapkan.
Dan adakah anda ada 5 pengalaman yang mesti ada dalam versi anda? Jika ya, tuliskan dalam ruangan komen di bawah.

Terima kasih

Team Azahan Safeytyman

Rabu, 8 Jun 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami dari team Azahan Safetyman ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini.

Kami juga memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan.

Kami doakan anda semua selamat dan sihat dalam menjalani ibadah berpuasa.