Ahad, 20 Disember 2015

Membudayakan OSH dengan Kalendar HSE Tool Box ini. Soalnya Bagaimana?

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca yang budiman. 

Hai!
Anda pasti sudah tahu tentang Kalendar Tool Box yang kami sedang edarkan sekarang. 
Sekiranya anda tidak tahu, baca tentangnya di SINI : http://azahansafetyman.blogspot.my/2015/12/new-year-gift-for-azahan-safetyman.html

Soalan: Bagaimana nak membudayakan OSH di tempat kerja dengan menggunakan kalendar ini? 

Pertama sekali, maksud BUDAYA ialah bagaimana komuniti di sesuatu tempat itu melakukan sesuatu. Contohnya di Jengka, majlis perkahwinan di sana tamat pada jam 1.30pm. Di Johor pula majlis boleh berlarutan hingga ke malam hari selagi ada tetamu yang tiba. 

Cadangan kami: 

1. Pembukaan di setiap mesyuarat dalam organisasi anda 

Setiap kali sebelum mesyuarat bermula, PENGERUSI mesyuarat tersebut akan pilih satu topik untuk dibaca dan dibincangkan. Maksima 5 minit sahaja. Tujuannya adalah supaya warga kerja sentiasa memikirkan tentang Safety pada setiap masa. 

2. Pada permulaan tool box shift anda 
Tool box pada permulaan shift biasanya ringkas. 
Ambil masa 5 minit dan lantik seorang pekerja untuk membaca satu topik. 
Kemudian supervisor akan menambah penerangan supaya mengaitkan topik tersebut dengan tempat kerja. 

3. Penggiliran Antara Majikan dan Pekerja dalam tool box mingguan atau bulanan
Apabila yang bercakap tentang safety bukan sahaja staf Jabatan Safety, maka pembudayaan OSH di tempat kerja itu adalah lebih mudah. 
Galakkan staf dari Finance, Engineering, HR, Procurement dan sebagainya untuk sertai
Lagi best jika makcik kantin dan pak guard security juga boleh sertai. 
Ianya akan membuat pembudayaan itu lebih menarik. 

(Baca tentang Pengurusan Tool Box di SINI

Ingat! 
Dapatkan izin dari Plant Manager, Project Director atau  Chairman dan dapatkan mereka untuk jadi presenter yang pertama. Ini akan membuatkan pembudayaan itu lebih berjaya. 

Sekiranya anda belum download kalendar tersebut, download di SINI.: http://azahansafetyman.blogspot.my/p/new-year-gift-for-azahan-safetyman.html

P/s: Saya ada buat jadual penggiliran tool box yang saya nak kongsikan kepada anda sebagai contoh. Sekiranya anda berminat, emelkan permintaan anda dengan subjek JADUAL TOOL BOX ke azahansafetyman@gmail.com sekarang 





Safe Morning and Safe Working 
Azahan Safetyman