Jumaat, 16 Oktober 2015

Bagaimana Nak Nampak "Cun" Bila Baju "Tuck In" Walaupun Dengan Perut Yang Ayu dan Tanpa Perlu Pergi Gym

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Topik kali ini diilhamkan dari perbualan dengan rakan di FB. Topiknya mengenai kesihatan dan nak nampak segak bila kita "tuck in" baju.

Kenapa saya tak pergi gym?

Pertama nya ianya perlukan masa dan masa saya terhad.
Kedua ianya perlukan pelaburan dan nilai wang ringgit sekarang sedang jatuh.

Saya kongsikan program pengurusan perut yang saya amalkan sekarang.

> Saya kurangkan makan nasi. Nasi buatkan saya mengantuk. Karbohidrat dari nasi juga sebenarnya sudah berlebihan dari apa yang saya perlukan.

> Sarapan macam Sultan, Lunch macam pekerja kilang , Makan malam macam hujung bulan

> Makan malam sebelum jam lapan pm.

> Lebihkan sayuran dalam menu

> Sejam bermain ping- pong tiap- tiap hari.

> Minum air banyak- banyak

> Hapuskan tupperware kerepek di rumah dan pejabat

> Pantau pergerakan berat badan anda setiap minggu

> Badan yang tegap itu sunnah Rasulullah. Kita nak jaga badan kita sebab nak ikut sunnah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan