Isnin, 29 Jun 2015

Proses Pendaftaran Mesin PMA dan PMT

Post kali ini berdasarkan kepada satu emel yang saya terima pada minggu lepas.
Harap berguna sebagai rujukan kepada anda.
Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengalaman saya mendaftarkan mesin di selama saya bekerja.

Permohonan Pemasangan Am adalah seperti berikut: 
1. Isikan borang JKJ 105
2. Sediakan surat permohonan pepasangan
3. Sediakan dokumen- dokumen yang diperlukan seperti 
yg dinyatakan di dalam borang JKJ 105 i.e. pelan lokasi
pepasangan mesin- mesin dalam fasiliti dan senarai 
mesin- mesin yang hendak didaftarkan. 
4. Hantarkan permohonan ke JKKP Negeri. 
5. JKKP Negeri akan membalas surat kelulusan
6. Pihak cik puan boleh memasang mesin tersebut 
7. Hantar borang JKKP 106 bila pepasang sudah siap
ke JKKP Negeri
8. Pemeriksaan Kilang dan Jentera akan dilakukan oleh
pegawai JKKP. 


Permohonan Permit Mesin Tekanan
1. Sediakan dokumen seperti yang dikehendaki dalam 
Appendix yang dilampirkan
2. Hantar dokumen- dokumen tersebut kepada JKKP Putrajaya. 
Sekarang permohonan boleh dihantar online melalui www.dosh.gov.my
3. Simpan bukti penyerahan supaya mudah untuk di semak semula 
statusnya jika perlu. Selalunya mengambil masa maksimum 3 bulan.
4. JKKP Putrajaya akan memberi kelulusan.
5. Fail akan dipindahkan kepada JKKP Negeri untuk pemeriksaan 
pepasangan dan ujian. 
6. Kelulusan akan diberikan oleh pegawai pemeriksa. 
7. Bayar bil pemeriksaan dan pihak cik puan akan diberi arahan untuk 
download PMT di website JKKP. 


Dalam hal pendaftaran ini, selalunya cabaran akan ditemui pada peringkat pengumpulan dokumen dimana vendor atau pengilang enggan menyerahkan design dan calculation jentera mereka atas alasan "secret recipe" mereka. 

Atas alasan ini juga lah selalunya saya maklumkan kepada yang membeli supaya masukkan sekali dalam pakej pembelian untuk pendaftaran jentera tersebut. 

Selesai cerita :) 

Selasa, 2 Jun 2015

Apakah Tugas Seorang Pengamal HSE? Jawapan dari Safetyman mungkin berada di luar kotak anda

Soalan atas ini soalan yang cliche. 
Banyak orang bertanya. Salah satu sebabnya ialah kerana mereka rasakan yang mereka tidak atau belum mengamalkan sepenuhnya apa yang dipelajari. 

Bagi saya, jawapannya ialah kita sedang membina satu sistem yang hidup yang tujuannya supaya sistem itu boleh berjalan sendiri walaupun pengamal HSE itu tiada di site. 

Sistem itu, bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerjanya. 

Sistem itu mungkin bernama, seperti OHSAS 18001 atau ISO 14001. 
Sistem itu juga mungkin hanyalah sebuah prosedur, SOP atau Work Instruction yang berasaskan PDCA (Plan Do Check Act). 

Sistem itu ada penjaganya dan ada pelaksananya. 
Pembinanya kita. Kemudian kita letakkan tanggungjawab orang yang berkenaan ke dalam sistem tersebut supaya ianya boleh berjalan. 

Kemudian kita jalankan sistem tersebut. 
Dari tahun ke tahun penambahbaikan ditambah sehinggalah sistem itu berjalan secara automatik. 
Bila audit kita lihat keberkesanannya dan tambah baik apa yang kurang. 

Banyak saya nampak sebelum ini pengamal HSE mencipta sistem yang menjerut leher sendiri. 
Contohnya sistem Permit To Work. Yang boleh approve dan tandatangan hanyalah pengamal HSE itu sendiri. 

Maka hasilnya nak tinggalkan kilang tak boleh. 
Siap kena datang pada waktu cuti dan weekend semata- mata nak tandatangan permit. 
Malahan ada yang kena marah sebab tak dapat dihubungi pada waktu cuti. 
Yang kesiannya member tu telefonnya habis bateri je sebenarnya. 

So bagi saya, apabila anda menuju ke arah pembinaan sistem yang automatik, maka anda akan menggunakan keseluruhan pengetahuan yang telah anda pelajari. 

Malah jawapan ini juga menjawab kepada soalan newbie dalam bidang ini iaitu "Nak mula dengan buat apa dulu ni?" 

Satu tips yang saya boleh kongsikan ialah apabila anda mengaturkan sesebuah kursus contohnya Kursus OSH Committee, gunakan program tersebut untuk pengaruhi team anda untuk "beli" sistem yang anda bina. 
Itulah masa yang paling sesuai untuk menggerakkan sesuatu sistem atau program seperti HSE Committee Inspection contohnya. 

Saya sebagai Learning Facilitator selalu bertanya sekiranya klien saya mahu melakukan begitu. 
Usah bazirkan sumber dan gunakan terus program kursus OSH Committee itu untuk menggerakkan apa yang patut digerakkan. 
Saya sangat suka bekerja dengan klien yang bijak dalam perancangan dan strategi. 

Dan sekiranya anda, sebagai seorang Pengamal HSE berminat untuk pelajari bagaimana hendak membina sistem yang "hidup", emelkan kepada saya dengan subjek "Sistem OSH" beserta dengan Nama Penuh dan No. Telefon anda. 


Sekiranya info ini bermanfaat kepada anda, mohon tinggalkan komen membina anda di bahagian komen. 



Isnin, 1 Jun 2015

Tool Box: Mitos Baju Putih Mudah Dilihat Pada Waktu Malam

Pembukaan:

Assalaamualaikum, selamat pagi, vanakam, chow an
Saya nak tanya, berapa ramai yang pernah naik motor atau jalan2 waktu malam sila angkat tangan.

Berapa ramai yang rasa diwaktu malam jika pakai baju berwarna putih atau terang, dia akan rasa lebih selamat, sila angkat tangan.

Sekarang, sila tonton video ini dan kira berapa ramai orang yang pakai baju putih?
*main kan video sampai saat ke 23 sahaja


So berapa banyak yang anda nampak?
Ada yang tak nampak langsung sila angkat tangan
Lepas ni tolong pergi check dengan doktor takut- takut rabun ayam.

Pakai baju putih di waktu malam tidak memberikan kita kelebihan dari segi visualnya, setuju?
Dari jauh kita nampak sama sahaja hitamnya macam Dayang Senandung, setuju?

Oleh itu apa yang perlu kita pakai?
Pemantul cahaya atau Reflective stripes.

Pemantul cahaya akan membantu orang lain untuk nampak kita dari 1000 kaki tak kira walau bagaimana gelapnya kita.
Oleh itu usah berpegang lagi dengan mitos baju putih ni.
Berubahlah.
Pakai high vis bila waktu malam. Boleh?


Sekian