Sabtu, 16 Mei 2015

Tool box Topik Ergonomics

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan Zulhilmi telah bertanyakan bagaimana hendak buat tool box
dengan meransang deria audien dalam topik Ergonomics.
Tool box beliau dilakukan tanpa projektor.

Cabaran diterima dan inilah hasilnya.
Learning plan ini telah di design mengikut standard Professional Learning Facilitator.

Anda boleh gunakannya dan sekiranya ada apa- apa soalan,
ajukan ke azahansafetyman@gmail.com


Ergonomics Tool Box Learning Plan

Time  Objectives  Topic Sub- topic  Visual  Auditory  Kinestetik 
5 Pekerja boleh menerangkan maksud Ergonomics Apakah itu Ergonomics?  Tanya kepada audien: Apa yang anda tahu tentang Ergonomics?
Terangkan: Ergonomics ialah tentang melakukan kerja mengikut had keupayaan tubuh badan manusia. 
Berikan contoh: Honda Cup C70 bolehkah kita tunggang ia 100km/j dari Johor ke KL non- stop? Tak boleh. Kenapa? Enjin nanti rosak. Sama macam kita lah manusia, kita juga mempunyai had.  Ajak semua orang buat gaya menunggang motor
2 Pekerja boleh menyenaraikan penyakit2 berkaitan MSD Apakah itu Musculoskeletal Disorders?  Tanya kepada audien, pernah dengar perkataan MSD? Dan ia tak sama dengan MSDS ya.
MSD bermaksud Musculoskeletal Disorders
Semua orang sebut beramai- ramai- Muskuloskeletal Disorders 
Semua orang sebut beramai- ramai- Muskuloskeletal Disorders
2 MSD ialah penyakit di sendi, otot dan saraf kita.
Ia adalah hasil daripada penggunaan badan kita secara berlebihan tiap- tiap hari.
Contoh MSD: sakit otot, sakit sendi, sakit belakang, (masukkan senarai penyakit yg ada di tempat kerja anda) Gout bukan MSD ye. Gout tu terjadi sebab terlebih makan. 
5 Contoh bagaimana kita menyalahgunakan badan adalah seperti mengangkat beban dengan membongkokkan badan.
Bila kita buat macam tu, bukan sahaja pinggang menahan beban yang sangat besar, saraf dan saluran darah yang seperti salur air ini akan tersepit yang mana bila kita buat hari- hari rosak tak salur air ni? 
Gunakan salur air (toler) sebagai props
2 memastikan pekerja mengikut step manual handling dengan betul. Sekarang kita akan belajar bagaimana hendak mengangkat beban dengan betul.
Sebelum itu peringatan, ini bukan teknik yang 100% selamat takkan dapat MSD ye.
Cara yang terbaik ialah dengan menggunakan forklift, kren atau troli. Boleh?
2 Pertama rapatkan badan kita ke beban tersebut. Rapat macam kita rapat dengan orang yang kita sayang tu lah  Demo
2 Kemudian letak tangan anda satu di bahagian penjuru bawah dan satu dipenjuru atas  Demo
1 Tarik beban dan angkat ke badan kita  Demo
2 Naikkan badan tegak ke atas. Tumpukan kekuatan kita pada lutut kita.  Demo
5 Sekarang, ada sesiapa nak praktis apa yg kita telah belajar tadi?
(anda juga boleh sediakan kotak seberapa banyak supaya audien boleh terus ikut demo anda) 
Demo oleh para peserta
3 Rumusan Tanya: apakah Ergonomics?
Apakah MSD?
Bagaimana teknik mengangkat yang betul? 


Sekiranya anda mahukan learning plan ini dalam format Microsoft Excel,
mohon emelkan permintaan anda ke azahansafetyman@gmail.com dengan
subjek "Learning Plan Toolbox"

Saya akan respon kepada permintaan anda dalam masa 24 jam.


Terima Kasih
Azahan Safetyman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan