Sabtu, 14 Jun 2014

Kisah air Isotonik

Kali ini saya nak ceritakan tentang 2 tin air isotonik di atas meja saya.
Air ini milik saya.
Dihadiahkan oleh sahabat saya Badrul.
Nak tau apa kisahnya?
Saya menyegarkan semula program Weekly Mass Tool Box (MTB) dengan memanggil wakil pekerja dari HSE Committee kami sebagai pembentang.
Bukannya mudah nak panggil mereka ni. Saya siap dapat ugutan putus saudara lagi.
Namun Badrul berbeza.
Beliau ialah machinist yg senior di sini. Secara peribadinya beliau adalah seorang yg soft spoken dan mesra alam.
Pada hari sebelum hari MTB, beliau call saya dan minta bantuan. Laptop beliau di rumah tidak berfungsi.
Jadi beliau nak Whatsapp kepada saya bahan beliau utk saya jadikan slaid.
Saya setuju. Kami berpakat untuk berduet pada hari MTB. Namun plan tinggal plan hehe.
Pada hari MTB saya sebagai hos menjemput beliau utk mengambil pentas.
Dari persembahan duet sudah menjadi solo.
Dek kerana nervous, beliau telah speaking English dari awal hingga akhir.
18 slaid dengan lancar.
Petang tu baru beliau datang dengan air isotonik ni.
Beliau amat berterima kasih atas bantuan yg saya berikan.
Ini kata- kata beliau yang saya ingat
"Daripada aku lari, baik aku buat aje. Lagi pun kalau aku berjaya, ini satu pencapaian buat aku".
Seorang machinist yang berjiwa besar. Beliau juga cerita yang Plant Manager dan wakil klien dari BP telah menemui beliau dan ucapkan tahniah.
Sekarang anda dah dengar cerita Badrul.
Apa lagi alasan anda utk takut- takut ke depan?
Kalau ada juga, share dengan saya di azahansafetyman.blogspot.com
Mungkin saya ada isotonik utk anda :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan