Selasa, 24 Jun 2014

5 Kualiti OTAI yang mungkin anda dah ada

Saya suka bergaul dengan mereka yang banyak pengalaman.
Tak kira usia mereka. Ada yang muda tapi pengalamannya mengalahkan mereka yang sudah bekerja selama berbelas- belas tahun.

Mengikut pemerhatian saya, berikut adalah kualiti yang mereka semua ada persamaan.


==========
1. Pemurah
==========

Mereka ini sangat suka bersedekah. Mereka percaya bahawa lagi banyak bersedekah, lagi murah rezeki mereka. Ada pernah sekali seorang otai sangat marah bila ada orang dah bayarkan makan dan minum beliau. Menarik kan?


===========
2. Lebih banyak mendengar
===========

Mereka suka mendengar cerita- cerita dari rakan- rakan. Selepas faham apa isunya baru mereka akan komen atau share pandangan mereka.
Mereka menghargai pandangan dari sesiapa pun walau pun newbies.


============
3. Bercakap hanya yang berfaedah sahaja
============

Otai sangat berhati- hati bila bercakap. Mereka menjaga integriti apa yang mereka cakapkan.
Sekiranya ada percanggahan pendapat, mereka tidak gunakan nama orang lain untuk back up hujah mereka.
Sebaliknya mereka mengatakan ianya adalah pandangan peribadi mereka melalui pengalaman dan pengetahuan yang mereka ada.


============
4. Cintakan Ilmu
============

Semangat mereka untuk belajar dan berkongsi ilmu amat luar biasa.
Mereka juga tidah hadkan ilmu itu kepada ilmu OSH sahaja. Mereka akan belajar pelbagai jenis ilmu dan kemudian kaitkan dengan OSH.
Dengan itu approach mereka terhadapa OSH tidak terhad kepada OSHA 1994 dan FMA 1967 sahaja.


============
5. Sabar dan Merendah Diri
============

Dalam mereka berbicara dengan ramai orang, mereka lebih suka merendah diri.
Tidak suka dengan gelaran OTAI yang diberikan selalunya. Mungkin atas alasan cukai? tapi biasanya begitulah mereka.
Mereka juga sabar dengan kerenah banyak orang. Selalunya mereka akan mengemukakan pandangan atas sesuatu isu dan terpulanglah kepada yang terbabit samada mahu ambil atau tidak.
Kerana mereka sedar tanggungjawab perlaksanaan bukan terletak di atas bahu mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan