Rabu, 30 April 2014

STRATEGI BERKOMUNIKASI DENGAN 4 GAYA BERBEZA


STRATEGI BERKOMUNIKASI DENGAN 4 GAYA BERBEZA


Bagaimana membentangkan idea dan maklumat kepada setiap gaya komunikasi?
Visual
  • Ringkas.
  • Memberikan gambaran jelas daripada idea terperinci (beberapa butiran).
  • ‘Melukis’ gambar dengan kata-kata.
  • Terus kepada point utama dengan pantas.
  • Bertanya jika ia ‘kelihatan’ elok kepada mereka.
Auditori
  • Terus kepada point utama(bersikap terus terang adalah baik).
  • Membentangkannya sebagai ‘idea’.
  • Bersiap sedia berbual-bual tentang hal itu dan mendengar idea mereka.
  • Bersedia menerima hakikat mereka mungkin ‘memperbaiki’ atau menambah idea kita.
  • Bertanya adakah mereka dengar ‘bunyinya’ seperti idea yang bagus.
Kinestetik
  • Perlu mencari waktu yang sesuai bagi membentangkan idea.
  • Jadikannya sebagai sesuatu yang menyeronokkan atau meriangkan bagi mereka.
  • Bertanya apakah mereka fikir ia idea yang bagus.
Digital
  • Persembahkan idea kita seperti pengembaraan bagi mereka.
  • Memberikan mereka banyak butiran dan pilihan.
  • Memberikan mereka pelbagai pilihan.
  • Memberikan mereka masa memproses dan berfikir.
  • Bertanya apa yang mereka ‘fikirkan’ tentang idea itu.
Apa yang diharapkan daripada setiap gaya komunikasi apabila mereka perlu membuat keputusan?
Visual
  • Biasanya membuat keputusan dengan cepat.
  • Tidak memerlukan banyak butiran terperinci.
Auditori
  • Mungkin mengajukan pelbagai soalan dan kemudian membuat keputusan dengan cepat.
Kinestetik
  • Memberikan mereka masa bagi melalui perkara itu.
  • Kekalkan kesederhanaannya, tidak banyak pilihan.
Digital
  • Memberikan mereka masa memproses (kadangkala hingga semalaman).
  • Mungkin berdiam diri kerana memikirkannya.
Berikut adalah beberapa cadangan tugasan yang bersesuaian dengan setiap gaya komunikasi:
Visual
  • Membina wawasan dengan gambaran yang jelas.
  • Menjalankan mesyuarat yang cekap.
  • Menggunakan ‘flip chart’ ketika mesyuarat.
  • Memastikan mesyuarat bermula tepat pada masanya.
Auditori
  • Menyediakan kepimpinan.
  • Melakukan sumbang saran idea.
  • Meningkatkan proses.
  • Memastikan semua adalah adil.
  • Mencari perkataan terbaik bagi menggambarkan sesebuah projek.
Kinestetik
  • Membina sebuah pasukan.
  • Mencipta hubungan antara ahli pasukan melalui permainan dan latihan.
  • Menyusun mesyuarat pasukan.
  • Mengambil nota ketika mesyuarat.
  • Menguruskan semua butiran.
Digital
  • Membuat perancangan langkah dan aturan peristiwa.
  • Menanyakan soalan analitikal “bagaimana apabila…”
  • Membawakan sesuatu yang logik dan memberi arahan mengenai pengurusan masa.
Komunikasi dengan Kakitangan Kita Secara Keseluruhan
Visual
  • Menghargai apabila mesyuarat mempunyai agenda kerana mereka menghargai waktu.
  • Ingin tahu bila mesyuarat bermula dan paling penting sekali bila ia berakhir.
  • Menyukai mesyuarat yang singkat (di bawah satu jam).
  • Kehilangan fokus dan berhenti memberi perhatian lebih cepat berbanding jenis gaya lain.
  • Begi mengekalkan perhatian mereka, berikan mereka tugasan seperti membuat ucapan pembukaan, membuat pengumuman khas atau mengumpul maklum balas pada mesyuarat itu sendiri.
Auditori
  • Memberitahu topik perbincangan (dan apa yang tidak dibincangkan) pasti membuatkan mereka kekal dalam perbincangan.
  • Dapat memberi sumbangan terbaik apabila mereka diberikan peluang menyuarakan pendapat atau menyumbangkan idea.
  • Melakukan dengan baik apabila diberikan peranan sebagai pemimpin.
Kinestetik
  • Menghargai apabila mengetahui agenda dengan lebih awal, supaya dapat ‘berasa selesa’ dengan apa yang akan dihadapi.
  • Melakukan yang terbaik bagi memastikan keadaan bersih, penataan cahaya yang cukup terang, suhu terkawal, dan persekitaran yang selesa.
  • Bagus dalam mencatat nota kerana ia membuatkan mereka lebih fokus dan memberikan mereka feel mesyuarat dan projek. 
Digital
  • Suka menggunakan agenda bagi menyusun acara mendatang dan pastikan segalanya tertutup.
  • Suka berkongsi pendapat mereka, tetapi mereka tidak melakukannya secara sukarela kecuali ditanya.
  • Mungkin menjadi salah seorang yang bertanyakan soalan yang rumit tetapi kadangkala soalan itu diperlukan bagi memastikan semua langkah dan proses berjalan baik.
Apa yang Digemari oleh Setiap Gaya Komunikasi?
Visual
  • Foto terkini
  • Foto pemilik laman web
  • Teks yang minima dan suka dalam bentuk bullets points
  • Klip video pendek
Auditori
  • Bunyi muzik latar (fail audio)
  • Tatabahasa dan ejaan yang tepat
  • Cerita
Kinestetik
  • Mesej selamat datang
  • Gambar pemilik bagi membina kepercayaan
  • Bahagian “Hubungan Kami”
  • Elemen interaktif
  • Keupayaan menghantar respons
  • Keupayaan melayari dengan mudah
  • Klip video
Digital
  • Bahagian soalan dan jawapan
  • Maklumat hubungan (dengan menggunakan pelbagai cara)
  • Fakta dan angka yang menyokong maklumat kita.

Apa yang Tidak Digemari oleh Setiap Gaya Komunikasi?
Visual
  • Banyak teks dan grafik yang tidak mencukupi.
  • Kurangnya gambar pemilik laman web.
  • Ayat jualan yang panjang lebar.
  • Banyak animasi.
  • Tidak kemas.
Auditori
  • Kelemahan tatabahasa dan sintaksis.
  • Banyak menu.
  • Susah mencari laman web dan sukar sukar mencari maklumat.
Kinestetik
  • Kurang gambar pemilik laman web
  • Tiada ruangan “Hubungi Kami”.
  • Ayat jualan yang panjang lebar.
Digital
  • Harga yang tidak masuk akal.
  • Pengelolaan laman web yang lemah.
Sumber: http://nlpmalaysia.net/?p=398