Jumaat, 25 April 2014

Pengajaran kisah Spiderman: Buatlah pilihan dan tinggalkan bab untung dan rugi kepada Allah

Siapa di sini yang tak tahu Spiderman sila bunyikan hon pin pin.
Saya pasti anda pernah terdengar atau terlihat video mengenai Spiderman.

Mohon tonton video dibawah dan lihat bagaimanan Peter Parker membuat pilihannya



Apa yang Peter katakan tentang pilihannya?


Ceritanya apabila kita sudah membuat pilihan, bersedialah untuk menghadapi ujian.
Banyak orang yang terlalu memikirkan tentang untung rugi yang mereka langsung tidak punya kuasa.
Terlalu takut dengan tidak ketentuan hinggakan tiada pilihan dibuat dan 10 tahun akan datang mereka akan menyalahkan orang lain.

Kami SOIF coaches percaya orang yang hendak menyelesaikan masalah, atau hendak memajukan diri sendiri perlu melalui 6 proses di bawah.

Pertama: Tuliskan atau tetapkan niat anda.
Definisikan niat anda dengan definisi yang tinggi. Ditulis dengan cara positif.
Contohnya "saya nak kaya" atau "saya nak sihat". Bukannya "saya tak mau miskin"
Tulis secara detail yang boleh. Contohnya pada 14 Mei 2014 jam 10pm, akan ada RM40 000 dalam akaun CIMB saya. Aamiin.

Strengths- Nampak dan tak nampak
Senaraikan seberapa banyak kekuatan yang anda ada untuk capai niat tadi.
Kekuatan termasuklah kesihatan, sokongan ibu bapa, modal yg ada, ilmu yg ada, mentor anda, etc.

Dah?
Sebelum itu, ada tak Allah atau Tuhan anda dalam senarai strengths tadi?
Memanglah kita kadang- kadang lupa. Masukkan ke dalam senarai sebagai yang no.1 ya.

So sekarang anda ada kekuatan untuk capai niat anda. Betul?

Opportunities- Ganjaran
Sekarang senaraikan semua ganjaran yang anda boleh perolehi bila niat anda tadi tercapai.
Senaraikan semua ganjaran yang best- best itu sekarang.
Ini akan jadi motivasi kepada anda sekiranya anda hampir kecundang di tengah jalan.

Improvements- Tindakan penambahbaikan
Dalam nak capai niat tadi, pastinya ada langkah penambahbaikan yang anda perlu lakukan.
Senaraikan apakah langkah penambahbaik yg perlu anda laksanakan.
Kemudian nomborkan senarai itu mengikut kepentingan.
Letakkan no.1 sebagai tindakan yang anda perlu buat dengan segera.

Faith- Keyakinan
Saya nak tanya apakah lawan perkataan takut?
Anda jawab berani?
Bagi kami SOIF coach lawan kepada takut ialah yakin.
Apabila anda yakin, tiada apa yang akan mengganggu gugat anda.
Renungkan dan ulangkan dalam hati langkah penambahbaikan no.1 tadi hingga rasa yakin muncul.
Yakinilah bahawa bila anda laksanakan langkah penambahbaikan tersebut, niat tadi akan tercapai.
Bila niat dah tercapai, segala ganjaran tadi akan datang kepada anda.
Nak lagi yakin, sebut apa yg akan anda lakukan itu kepada rakan anda, untuk yakinkan diri anda.
In sha Allah

TOP+
Menjadikan dunia lebih baik dengan memberi.