Ahad, 23 Mac 2014

Tak BOSAN ke?

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Topik kita kali ini berkaitan dengan ulangtahun saya yang ke 5 dengan majikan yang sekarang.
5 tahun. Tak bosan ke?

Mari saya ceritakan kisah awal saya mula bekerja dulu.
Dengan status bukan pelajar dengan kelulusan yang super cemerlang, peluang untuk dapat pekerjaan dengan gaji yang cemerlang tidak banyak.
So strategi saya ialah had utk berada di sesuatu tempat ialah 3 tahun sahaja.
Dan begitulah yang saya amalkan. Bila cukup 3 tahun saya rasa saya dah tunaikan tanggungjawab dan tiba masa utk adjust market value saya.
Juga saya terpengaruh dengan cerita rakan- rakan yang bila duduk lama- lama dah tak ada perkara batu yang boleh dipelajari.

Selepas saya bekerja dengan majikan sekarang selama 5 tahun, terasa wajib saya kongsikan bagaimana untuk bertahan sebegini lama.

Saya ada 3 rahsia utk enjoy kekal lama ditempat yang sama.

Yang Pertama: kembangkan khidmat anda ke luar tempat kerja
Saya join aktiviti berpersatuan dan mengambil bahagian dalam pengurusannya.
Menganjurkan aktiviti buatkan saya sibuk dan lebih perlu utk duduk lama.
Menyertai aktiviti Corporate Social Responsibilities juga memberi peluang kepada saya untuk mempelbagaikan kegunaan kepakaran yang saya ada.
Pada masa yang sama saya SERONOK.

Yang Kedua: Tingkatkan kemahiran diri dengan pendidikan.
Pendidikan ada dua jenis. Yang pertama disponsor oleh majikan dan yang kedua sendiri punya sponsor.
Untuk kategori pertama saya khususkan kepada subjek- subjek yang berkenaan dengan kerja. Secara jujurnya peluang ini tak banyak pun. Saya telah hadiri Powerful Presentation dan  NEBOSH dalam 2 tahun extra ini.
Untuk kategori kedua saya ambik subjek yang saya suka sahaja. Saya telah hadiri kursus Facebook Power oleh Bryan Gan, Advance Marketing Power oleh Dr Azizan Osman dan Professional Learning Facilitator oleh Mohd Rizal Hassan.
Selepas belajar buat ini B.A.S.S- Belajar, Amal, Sebar dan Semak.
Ilmu tak akan berkurangan bila dikongsi dan orang yang banyak ilmu akan ada banyak rakan.

Yang Ketiga: Mula buat apa yang anda suka
Masa mula bekerja masa tidak dipihak kita.
Ini adalah kerana kita struggle untuk bina sistem, pelajari cara bekerja dan membina rapport.
Sekarang semua itu dihujung jari sahaja.
Kita akan lebih work smart dari work hard.
Antara yang saya lakukan ialah berniaga dan saya niaga benda yang saya suka.
Sebab itu saya anjurkan kelas TOP+ Facilitator.
Tujuan utamanya ialah saya mahu tukar persepsi bahawa subjek HSE itu membosankan hanya kerana teknik yang digunakan dalam pembelajaran itu yang membosankan.
TOP+ Facilitator membawa maksud Fasilitator itu cemerlang di dalam dan juga luar kelas.
Nak maklumat lanjut klik link berikut: http://azahansafetyman.blogspot.com/2014/03/klinik-top-fasilitator.html


Semoga artikel ini memberi anda inspirasi dalam pekerjaan.
Mohon tinggalkan komen dan klik butang g+ tu ye.

Terima Kasih
Assalaamualaikum


Azahan Arif
TOP+ Founder

Tiada ulasan:

Catat Ulasan