Isnin, 27 Januari 2014

Mesyuarat oh Mesyuarat

Mesyuarat adalah darah daging seorang pengamal SHE.
Paling busuk pun pada seminggu pasti ada satu mesyuarat yang kena hadiri.
Namun pernahkah anda berhadapan dengan situasi yang macam ini: 
"Mr. Safety, does the meeting really important?"
"Ms. Safety, do you really need me in the meeting?"

Di sini saya akan kongsikan 6 strategi meeting yg berkesan.

1. Hantar jemputan sekurang- kurangnya satu hari lebih awal. Pastikan tarikh dan masanya sesuai dengan mereka. Waktu kegemaran saya ialah 11am dan 4pm. 

2. Nyatakan kenapa mereka perlu hadir ke mesyuarat tersebut dalam jemputan

3. Jemput orang yg berkaitan sahaja. Pastikan orang itu decision maker

4. O
bjektif mesyuarat haruslah jelas dan positif. Peraturan saya ialah "tiada siapa yang mahu masuk ke kandang harimau dan digigit hidup- hidup"

5. Bersifat terbuka dengan apa jua cadangan dan maklumbalas mereka. Walaupun ia melanggar prinsip anda. 


6. Sediakan sedikit refreshment sebagai penghargaan. Walaupun sekadar air minuman.
Seorang sahabat saya pernah berkongsi bagaimana Rasulullah menguruskan mesyuarat. 
Apabila seorang sahabat memberi cadangan, Rasulullah akan mengarahkan sahabat yang lain untuk laksanakan cadangan tersebut. 
Hasilnya, para sahabat Rasulullah berlumba- lumba memberi buah fikiran sehingga terciptanya generasi pemikir dan suka berdebat. 

Tuan- tuan dan cik puan sekalian, 

Para penyelia dan pengurus terutamanya adalah manusia yang paling sibuk. Mereka hadir secara purata 7 mesyuarat seminggu. 
Oleh itu anda boleh bayangkan betapa "expert"nya mereka dalam menghadiri mesyuarat. 

Jadi pastikan yg meayuarat yg mereka hadiri adalah berbaloi utk setiap minit yang mereka luangkan.

Azahan Safetyman