Harap berguna sebagai rujukan kepada anda.
Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengalaman saya mendaftarkan mesin di selama saya bekerja.
Permohonan Pemasangan Am adalah seperti berikut:
1. Isikan borang JKJ 105
2. Sediakan surat permohonan pepasangan
3. Sediakan dokumen- dokumen yang diperlukan seperti
yg dinyatakan di dalam borang JKJ 105 i.e. pelan lokasi
pepasangan mesin- mesin dalam fasiliti dan senarai
mesin- mesin yang hendak didaftarkan.
4. Hantarkan permohonan ke JKKP Negeri.
5. JKKP Negeri akan membalas surat kelulusan
6. Pihak cik puan boleh memasang mesin tersebut
7. Hantar borang JKKP 106 bila pepasang sudah siap
ke JKKP Negeri
8. Pemeriksaan Kilang dan Jentera akan dilakukan oleh
pegawai JKKP.
Permohonan Permit Mesin Tekanan
1. Sediakan dokumen seperti yang dikehendaki dalam
Appendix yang dilampirkan
2. Hantar dokumen- dokumen tersebut kepada JKKP Putrajaya.
Sekarang permohonan boleh dihantar online melalui www.dosh.gov.my
3. Simpan bukti penyerahan supaya mudah untuk di semak semula
statusnya jika perlu. Selalunya mengambil masa maksimum 3 bulan.
4. JKKP Putrajaya akan memberi kelulusan.
5. Fail akan dipindahkan kepada JKKP Negeri untuk pemeriksaan
4. JKKP Putrajaya akan memberi kelulusan.
5. Fail akan dipindahkan kepada JKKP Negeri untuk pemeriksaan
pepasangan dan ujian.
6. Kelulusan akan diberikan oleh pegawai pemeriksa.
7. Bayar bil pemeriksaan dan pihak cik puan akan diberi arahan untuk
download PMT di website JKKP.
Dalam hal pendaftaran ini, selalunya cabaran akan ditemui pada peringkat pengumpulan dokumen dimana vendor atau pengilang enggan menyerahkan design dan calculation jentera mereka atas alasan "secret recipe" mereka.
Atas alasan ini juga lah selalunya saya maklumkan kepada yang membeli supaya masukkan sekali dalam pakej pembelian untuk pendaftaran jentera tersebut.
Selesai cerita :)
Kalau saya nak daftar 1 mesin daripada 10 compressor yang saya ada sahaja boleh ke?
BalasPadamApa beza perpasangan am dan Permit Tn. dan adakah perpasangan am perlu direnew Tn
BalasPadam